MUSIM BUAH LIMAU TAHUN BARU CINA SUDAH TIBA. Paling seronok tiba Tahun Baru Cina adalah makan buah limau. Setakat harini belum ada Sis beli lagi walau dah nampak sejak bulan lepas lagi sana sini banyak jual buah limau ni. Rezeki tahun ni, yang ada di rumah ni semua orang bagi juga client Suami yang beri dan hantar.
Mula sekali anak Sis bagi sekotak, customer dia bagi tapi sebab takde sapa nak makan, so Yana bagi Sis, Sis memang pantang, suka sangat makan buah limau ni. Then Suami bawa balik seplastik juga buah limau, katanya orang hardware bagi dia,
Dan semalam, teman Suami ke opisnya, Suami bawa sekotak (gambar bawah ni) buah limau. Jenis kotak gini harga mahal sikit, tapi rasa dia, memang umphhh manis sangatttt.. Tersenyum lebar Sis bila nampak sekotak limau lagi hehehe..
Next nanti bersusun pulak hamper raya cina ke rumah ni, alhamdulilah ..
Now bila pergi event makan bufet berbuka puasa pun, rata-rata hotel pun ada sajikan buah limau, sampai diri sendiri pun konpius, ni event raya cina ke event berbuka puasa ni hahahaha.. tapi bila dah nampak, memang Sis saukk dua tiga biji masuk bag hahahaha.. mohon halal yaa..
Buah limau sudah menjadi tradisi masyarakat Cina di seluruh dunia dan dikatakan membawa nasib baik kepada semua orang. Buah sitrus atau limau Mandarin akan diletakkan di meja semasa Tahun Baharu kerana ia melambangkan kekayaan, nasib dan status. Hal ini kerana perkataan Mandarin itu sendiri mampu menggambarkan keadaan yang sama seperti 'emas dan limau' serta 'tangerin dan tuah'.
Limau Mandarin dipanggil 'kum' yang bermaksud emas (金) dalam bahasa Cina manakala, limau sitrus seperti calamondin, tangerin dan kumquat dikenali dengan gelaran 'kat' (吉) yang bermaksud bertuah.
Sebab itulah, limau Mandarin dijadikan simbolik perayaan ini ekoran daripada kepercayaan mereka yang menitikberatkan maksud di sebalik buah itu sendiri.
P/S : Suka makan limau, dia jadi 'Lawas' hehehehe ...
Kita pun dapat Lin buah limau yg mahal tu, saiz XXL 🤣. Limau yg saiz biasa dapat jugak 2 kotak, tu belum campur dgn yg tiap² hari dapat 4 biji, 4 biji. Sudahnya angkut semua pergi office, yg dalam kotak bagi anak² kat asrama, dah wassalam. Yg XXL la makan sendiri, hihi.
ردحذفSize kalau XXL memang manis kan Kak, beza size kecil.. kat rumah ni, Lin sorang jer bedal hahahaa
حذفyeayy, dah musim buah limau , CCL pun dh dapat sekotak limau kt rumah . belum bukak rasa lagi buah limau tu , entah masam ke manis . harap-harap manis laa
ردحذفBest makan, buat ubat lawas heheheh..
حذف