PENSTRIM LANGSUNG SHOPEE AFFILIATE MEMANUSIAN PENCARIAN NILAI TERBAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA

Sis Lin
2
PENSTRIM LANGSUNG SHOPEE AFFILIATE MEMANUSIAN PENCARIAN NILAI TERBAIK BUAT RAKYAT MALAYSIA. Celeste Phuah susun pilih produk promosi harian 5 kali ganda lebih banyak berbanding ahli affiliate lain.

Penstrim langsung Shopee Affiliate Celeste Phuah memudahkan perjalanan membeli-belah buat lebih kurang 36,000 rakyat Malaysia luar bandar yang mahukan kemudahan dalam talian setiap hari. Sepanjang enam bulan yang lalu, Celeste telah mempermudahkan penebusan lebih enam juta baucar diskaun di seluruh platform. Melalui sesi pendidikan Shopee Live, Celeste memanusiakan e-dagang, menjelaskan kesulitan platform dan baucar kedai untuk memperkasakan pengguna.

Shopee Affiliate Livestreamer Humanises Deal-hunting for Malaysians

Memahami keperluan pembeli-belah dan sedar akan kepentingan dalam membawakan akses dan kemudahan untuk seluruh rakyat Malaysia, Celeste susun pilih 500 produk promosi setiap hari - 5 kali ganda lebih banyak berbanding Shopping Bag ahli affiliate yang lain. Ini memastikan penontonnya dapat akses lancar terhadap barangan keperluan harian mampu milik di mana Celeste membimbing penonton cara untuk menebus baucar Live tambahan melalui Livestream Viewer Hub.

Sebagai pengguna Shopee, Celeste akui platform ini membawakan banyak promo eksklusif dan tawaran pemperibadi agar pengguna dapat pengalaman menyeronokkan yang bukan sekadar transaksi pembelian. Dengan kesedaran ini, Celeste melakar ceruknya yang membawakan pembeli-belah dengan penyelesaian mudah. 

Berdasarkan keterlibatan dan interaksi pengguna yang lalu, Celeste memperibadikan kandungannya untuk meningkatkan pengalaman pembeli, di mana Celeste sedar ramai pengguna baharu tidak tahu titik permulaan mendapatkan diskaun dan promosi ekskludif yang ditawarkan platform. Ini mengekang kebolehan mereka untuk memaksimakan penjimatan. 


Menjawab soalan seperti “Bagaimanakah cara terbaik untuk menggunakan baucar kedai bersama baucar Live?” dan “Adakah terdapat baucar Live tambahan?” Celeste, sebagai pempengaruh dalam platform percaya bahawa ianya adalah tanggungjawabnya untuk mendidik pengguna secara aktif tentang kepelbagaian jenis baucar dan cara untuk menggunakannya secara optimum.  

Melalui strim langsungnya, Celeste aktif memperkasakan komuniti tempatan dengan berkongsi tentang promosi yang ditemui. Dalam usahanya mendidik penonton agar sentiasa termaklum, Celeste secara strategik menyusun jadual sesi Shopee Livenya untuk berstrim langsung ketika waktu trafik kemuncak 12 tengah hari dan 12 malam, memastikan mereka sentiasa mendapat maklumat terkini tentang promosi terbaik. 

Nikmati video Tahun Baru Cina Shopee dan alami perjalanan warisan dan tradisi yang diinspirasikan oleh bakul hadiah (hamper) tradisi Tahun Baru Cina. 


P/S : Semalam battle Dendeng Nyet Berapi Khairul Aming di Shopee ada yang dapat? Hehehehe.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. bagusnya..kita ni tak pandai nak buat live sebab jenis tak pandai sangat nak bercakap dengan kamera..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, TT Sis hanya up video content kerja jerr hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!