SUAMI AKU TINGGALKAN AKU DI ZUS SUNGAI RENGIT!

Sis Lin
6
SUAMI AKU TINGGALKAN AKU DI ZUS SUNGAI RENGIT!. Tajuk bikin panas, kemain cepat ko klik membaca yaa hahaha.. Yang penting itu Suami aku bukan Suami orang,. Ceritanya begini, hujung minggu lepas, Suami kena kerja, Sabtu kerja, Ahad kerja, so bila jadi macamtu memang serba salah laa Suami Sis tu, sebab takde spend time masa bersama. 

So Ahad tengahari dalam jam sebelas macamtu Suami call suruh Sis bersiap dan ikut dia ke Penggerang. Memang now Suami sibuk bermula harini, projek shutdown plant kerja baru tengah masuk, biasa akan ambil masa hampir dua bulan, so memang jangan di ganggu laa buat masa ni. Kalau ada hal mustahak kee, baru boleh call dia, kalau tidak, jangan cari pasal, ada kena bebel huhuhu.. 

Sebelum ke Penggerang, singgah di opisnya dulu hangkut barang naik Ranger. sejam juga menunggu. Kemudian singgah hardware pulak beli barang, 30 minit menunggu. Lepas settle semua baru kami pergi makan Nasi Padang. Habis makan baru terus ke Penggerang. 

Suami Aku Tinggalkan Aku Di ZUS Sungai Rengit!
Maaf, kaki naik kursi, masa ni kaki cramp huhuhu

Nak jadi cerita, bila dah sampai Penggerang, Suami kata tunggu aja di ZUS dulu, dia settlekan kerja. Sis memang suka aja, bolehlah duduk 'me time' kejap layan kopi secawan dan sepotong kek kan. Suami hulur RM50 (nampak gaya, baki keep the change ye), Sis beli kopi dan sepotong kek. 

Kebetulan ada laa beberapa orang juga duduk minum sambil guna laptop di sana. Sis duduk port belakang yang kursinya santai-santai aja. Syok pulak ekkk sengsorang gitu yaa.. Dah hampir sejam, malas nak ganggu Suami nak tanya bila siap, so kita tunggu aja laa.. 

Staff situ peramah pulak, siap pelawa, 'Kak nak air mineral?', ehh bagusnyaa, Sis pun belilah sebotol, pestime beli air mineral di ZUS hahahaha.. kopi pun tak habis lagi, kek pun setengah potong lagi, tapi tengok cuaca di luar sana panas gilerr, kus semangat, macam mana laaa Suami kerja yaa panas gitu, Allah.

Suami Aku Tinggalkan Aku Di ZUS Sungai Rengit!
RM3 sebotol mineral

Tengok jam dah dua jam ni menunggu, nak call ke tak ekk.. sebab belum Zuhur lagi, arghh biar je laa, tapi dalam hati berkata, 'Jangan Laki aku lupa Bini dia kat sini sudah' hahahahahah.. naya kang nak patah balik kannn .. 

Tunggu punya tunggu, dari bateri phone 97%, dah tinggal 73%, akhirnya Suami call kata dah di luar ZUS, fuhhhh nasib baik tak lupa Bini hahahaha.. Suami minta belikan air di Family Mart sebelah ZUS tu. Masa tu Sis tak tau lagi yang Family Mart ni rupanya penyumbang besar ke dana Isr4el, so wat bodo je laa masuk beli air. 

Petang tu baru terbaca yang kes Family Mart tu haaa.. adeii maafkanlah kami Ya Allah.. tak sengaja, kalau tau memang tidaklah nak singgahnya. Syukur masih boleh bertahan memboikot semua jenama yang berkaitan. Tak matik laa kalau tak makannya punnn.. 

Suami Aku Tinggalkan Aku Di ZUS Sungai Rengit!
Mahal yaa harga tembikai sekarang, urmmmm

Balik cerita tadi, lepas dah gerak balik, singgah solat Zuhur di pam minyak, lepas tu terus gerak balik. Suami singgah pulak di Desaru Fruits Farm, nak beli nangka katanya, Sis beli tembikai, sedap makan cuaca tengah panas kann..

Tengok jam dah dekat jam 5pm, masa balik Suami ikut laluan jalan lama ke Kota Tinggi. Dekat nak sampai Kota, Sis tanya, nak kemana? Suami jawab, 'Jom kita makan Nasi Lemak'.. ermm Sis terus jawab, 'Nasi Lemak Malam Jumaat ke?', Suami jawab 'Ya, kita try'.. Hamboii kemainn pandai ekk, katanya ternampak di TikTok hahahahaha laki aku TikTok aja.. 

Sis google, okayy kedainya buka jam 6pm, ngam laa sampai awal dan mesti tak ramai orang beramai seperti dalam TikToknya. Geram pulak tengok sotongnya, kita cuba.. cerita Nasi Lemak Malam Jumaat, nanti Sis update kemudian yaaa.. kata malam Jumaat, so malam laa update hahahaha.. 


Suami Aku Tinggalkan Aku Di ZUS Sungai Rengit!
Sampai awal, kedai pun belum boleh beratur hahaha.. puashati..

Kesimpulannya, happy ending... terima kasih Suami yang sudi meluangkan masa walau terlalu sibuk dengan kerja. Kadang kesian juga lihat dia, pergi pagi, balik malam, demi mencari nafkah keluarga.. padahal dah pencen dah tu.. tapi sebab dah bekerja sendiri, so nak taknak, kena jugalah turun padang bekerja. 

Kali ni nasib jaga shutdown di Johor, kalau tak, kena turun Gurun sana, pun sama shutdown.. 
Moga Allah beri kesihatan yang baik buat Suami Sis.. aamiinn.. 
Love Mr Sabar ❤


P/S : Sesekali kann up laa kan cerita romantik gini, asyikk cerita makan aja hahahaha.. yang penting hidup aku tak kacau hidup orang lain ... 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. pergh...tak lama tu Sis Lin menunggu..SA ngan ex-bf dulu pernah kena sidai pukul 3pm sampai 9pm..itupun bodoh lagi SA masa tu...nasib x berjodoh dengan dia..

    ردحذف
    الردود
    1. Makk aii lamanyaaa, dia buat apa jer? Ni Sis nasib laa kat ZUS so memang suka laa lepak situ..

      حذف
  2. best je lepak santai kat Zus tu tenang je. hari tu teman anak outing duk la kat Zus tu bawak tab siap2 boleh mengadap blog. bermanfaat juga masa. hihih

    ردحذف
    الردود
    1. Yaa betul, wifi dia pun laju dan susana pun tenang-tenang ajaaa

      حذف
  3. Jangan lupa review nasi lemak tu ye.

    ردحذف
    الردود
    1. Sudah update dah.. boleh klik link di post seterusnya..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!