TAHUN 2024 ADALAH TAHUN LOMPAT

Sis Lin
2
TAHUN 2024 ADALAH TAHUN LOMPAT. Sis kalau tengok kalender ada tarikh 29 Februari, terus teringat dengan seorang kawan Sis yang menyambut hari lahirnya pada tarikh tersebut. 4 tahun sekali barulah sambut hari lahir kan, sebab tu kawan Sis tu nampak muda selalu walau umur sebaya dengan Suami Sis hehehe.. 

Sis perasan tiap tahun bila tiba hari lahir kawan Sis ni, Suami dan anak-anaknya akan sambut meriah sekali (dia update kat facebook), mana taknya bukan selalu dapat tiup lilin betul tarikh lahir, kena tunggu 4 tahun barulah dapat sambut hari lahir yang betul jatuh pada tarikh lahir. Best kann.. 

Tahun lompat yang pertama dipercayai berlaku pada tahun 45 BC. Ia dimulakan Julius Caesar ketika masyarakat Rom terdahulu menggunakan sistem kalendar 355 hari. Dalam sistem itu, mereka menambah satu bulan yang mempunyai 22 atau 23 hari setiap dua tahun bagi memastikan perayaan jatuh pada musim yang sama setiap tahun.

Tahun 2024 Adalah Tahun Lompat

Apa Itu Tahun Lompat?

1. Tahun lompat atau leap year adalah tahun dimana pada bulan Februari ada 29 hari dimana kebiasaannya 28 hari sahaja dan ia berlaku setiap 4 tahun sekali. Makanya, bilangan hari pada tahun lompat ini adalah sebanyak 366 hari berbanding 365 hari pada tahun biasa-biasa.

2. Antara tahun 1904 dan 2096, tahun lompat akan berkongsi hari yang sama bagi setiap tarikh yang berulang hanya sekali selama 28 tahun. Tahun yang terdekat di mana bulan Februari mengandungi lima kali hari Jumaat adalah pada tahun 1980 dan kejadian seterusnya akan berlaku pada tahun 2036.

3. Kenapa perlu ada tahun lompat? Seperti kita tahu, bumi mengelilingi matahari mengambil masa 1 tahun. Tahukah korang bumi mengeliling matahari secara lengkap bukan 365 hari ataupun 366 hari dengan tepat? Sebenarnya, bumi mengeliling bumi mengambil masa 8766 jam atau bersamaan 365 hari 6 jam. Setiap 6 jam daripada 4 tahun dikumpulkan untuk menjadikannya 1 hari ( 6 jam x 4 kali = 24 jam dan 24 jam = 1 hari) dan 1 hari itu di letakkan pada tahun lompat iaitu pada 29 febuari. Dan kerana inilah wujudnya tahun lompat untuk setiap 4 tahun.

4. Bagi sesiapa yang tarikh lahirnya jatuh pada 29 febuari pada tahun lompat, selalunya dia kan menyambut hari kelahiranya pada 28 febuari atau pun pada 1 mac pada tahun biasa. Ini keistemewaan kepada individu ini yang tarikh lahirnya pada 29 februari.

Dan tahun ini 2024 adalah tahun lompat. 
Selamat hari lahir buat mereka yang akan menyambutnya pada tahun ini 29 Februari nanti.. 


P/S : Macam nak hantar sesuatu buat kawan Sis tu, bagi Batik Noor Arfa ni pun okkay kann.. 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!