5 UBAT KAYAP CARA KAMPUNG YANG BERKESAN MERAWAT KAYAP. Korang ada pengalaman tak terkena kayap? Kayap dengan cacar rupanya agak sama, tapi sebenarnya lain. Rawatannya pun lain. Sis kalau kayap ni biasa tengok, sebab arwah Atuk Sis adalah pengamal perubatan cara kampung kayap ni, terutama kayap ular, kalau tak di ubati, boleh bawa maut tau.
Cuma tak pastilah sekarang ni zaman moden, masih relevan ke tidak nama kayap ular tu, rata-rata sekarang kalau kena kayap, mereka pergi ubat cara moden, samaada ke klinik atau hospital. Tapi bagi mereka yang 'orang lama', kalau kata kayap aja, mereka berubat cara kampung.
Macam-macam jenis tau kayap yang Sis tengok dulu masa orang datang berubat dengan arwah Atuk, ngeri dan geli pun adaa.. arwah Atuk guna sireh, kemudian di baca-baca jampi serapah, then sembur pada kayap tu, so far alhamdulilah siapa berubat kayap dengan arwah Atuk, semuanya baik dengan izinNya. Now dah agak susah nak cari orang untuk ubatkan kayap.
Seringkali dianggap sebagai cacar, penyakit kayap bukan sesuatu keadaan sakit yang boleh dipandang remeh. Kaedah rawatannya perlu diberi lebih perhatian sama ada melalui ubat kayap cara kampung atau moden!
Ubat kayap di farmasi yang perlu di ambil
Kayap (shingles atau herpes zoster) merupakan keadaan kulit gara-gara jangkitan virus varicella-zoster yang juga menyebabkan cacar air atau mungkin lebih dikenali dengan nama chickenpox. Ia akan mengakibatkan kulit individu mengalami ruam atau lepuh yang boleh muncul di mana-mana bahagian tubuh badan termasuk muka, dada, belakang badan, tangan, kaki malah di kawasan mata.
Bagi mengawal atau merawat masalah kulit ini, beberapa ubat kayap di farmasi berikut pasti boleh membantu:
- Ubatan antiviral – Ubat oral dari kaunter dengan preskripsi doktor iaitu cyclovir, valacyclovir dan famciclovir biasa diberikan dalam tempoh lebih kurang seminggu untuk dilihat kesannya
- Ubatan antibakteria/ antikulat – Bergantung kepada komplikasi di mana terdapat bakteria atau kulat pada jangkitan kulit itu, penggunaan ubatan seperti antibiotik mungkin akan diperlukan
- Ubatan antiradang – Ubat topikal seperti potassium permanganate boleh digunakan bagi mengeringkan dan menyembuhkan gelembung-gelembung air yang muncul pada kulit akibat kayap
- Ubatan tahan sakit – Ubat bukan steroid (NSAIDs) termasuk acetaminophen, diclofenac atau ibuprofen pula akan mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami pada kulit korang
Ubat kayap cara kampung yang korang boleh cuba
Dalam masa yang sama, korang juga mungkin boleh menggunakan kaedah alternatif yakni dengan mengamalkan ubat kayap cara kampung. Di bawah adalah antara ramuan yang kalian boleh cuba:
#1. Berbekam
Buat korang yang belum tahu, berbekam merupakan terapi tradisional bagi menyingkirkan darah kotor dalam badan! Menurut pelbagai kajian klinikal, dipercayai rawatan ini mampu mengurangkan ruam pada kulit. Kajian meta-analisis pula mengatakan ia lebih berkesan berbanding penggunaan ubat sintetik moden.
#2. Daun sirih ubat kayap
Kedua, penggunaan ekstrak daun sirih pula dipercayai mampu mengurangkan kegatalan pada kulit akibat kayap. Ini kerana ia mengandungi sifat antiradang dan antiseptik bagi menghapuskan mikrob. Ia juga popular sebagai penawar kepada pelbagai lagi masalah kulit seperti jerawat atau reaksi alergi. Namun, kaedah tradisional ini masih memerlukan kajian lanjut bagi benar-benar pasti tentangnya.
#3. Bawang putih ubat kayap
Ketiga, penyapuan ekstrak bawang putih juga dipercayai boleh melegakan kesakitan pada kulit angkara kayap. Seperti bahan di atas, ia turut memiliki karakteristik antiradang dan antiseptik yang bagus. Tetapi, kaedah tradisional yang sangat popular sebagai rawatan panau ini juga masih menimbulkan tanda tanya. Sama ada ia baik bagi menyembuhkan kayap atau tidak, kajian lanjut masih diperlukan.
#4. Serbuk penaik @ baking soda
Mungkin tiada siapa yang sangka bahawa serbuk penaik ini juga termasuk di dalam ubat kayap cara kampung bukan? Sebenarnya, bahan ini biasa digunakan bersama tepung jagung untuk dijadikan pes. Dipercayai pes ini disapukan di kawasan kulit yang terkena kayap untuk mempercepatkan gelembung kayap hilang.
Sebagai nota tambahan buat korang, ketahuilah bahawa baking soda ini adalah bahan yang boleh menghakis kulit. Ia mengandungi sifat menghakis yang begitu tidak sesuai dikenakan kepada kulit anda.
#5. Kunyit ubat kayap
Terakhir, senarai ini tidak akan lengkap jika tiada serbuk kunyit. Ini kerana ia digunakan secara turun-temurun sejak zaman nenek moyang kita lagi sebagai herba alternatif untuk masalah-masalah kulit. Jangan terkejut, ramuan yang tinggi kandungan kurkumin ini juga boleh dijadikan antara ubat kayap cara kampung. Ini kerana ia mungkin boleh membantu meredakan kerengsaan dan keradangan kulit.
Pun begitu, ketahuilah bahawa bahan-bahan dapur di atas lebih sesuai untuk masakan dan bukan rawatan kesihatan. Ia mungkin hanya akan membantu namun bukan untuk merawat.
Sila berjumpa dan berbincang dengan doktor segera jika korang ada masalah kayap agar dapat lebih cepat pulih ya! Moga sahabat Sis cepat sihat juga. Dia baru terkena kayap ular juga ..
P/S : Lagi satu sakit Dena, korang pernah tau? Dena pun arwah Atuk ubat juga.. guna sireh juga, kemudian sembur..
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.