AKU DAH TAK JAGA CUCU AKU (SEMENTARA WAKTU). Yaa start bulan March haritu, Sis dah tak menjaga cucu Sis, Khalish. anak Sis,Yana cuti panjang sementara waktu. Mulanya Yana hantar surat resign tapi di tolak Bossnya, katanya Boss suruh berehat aja hingga betul rasa dah okay semua, barulah mula kerja bila-bila masa aja.
Banyak sebab yang buat anak Sis nak berehat. Salah satunya sebab nak menjaga anaknya sendiri dan lihat anaknya membesar dalam jagaan dia, dan kedua atas faktor kesihatan. Sejak akhir ni sakit slip disc dia menjadi-jadi, tak boleh duduk lama dan baring lama, nanti susah nak bangun sendiri.
Malah nak dukung anaknya sendiri pun sakit, tapi berkeras juga nak menjaga anaknya. Katanya walau sakit, tapi boleh rehat bebila masa aja di rumah. Khalish pun pandai jer main sendiri kalau ibunya buat kerja, sepanjang menjaganya, memang cucu Sis behave budaknya, tak menyusahkan orang.
Biasalah kalau dah bekerja, memang susah nak berhenti, faktor kewangan contohnya, dah biasa pegang duit sendiri, so nanti dah jadi surirumah, susah sikit nak 'bermewah kan', Sis cakap dengan Yana, 'Nanti tau laa macam mana Mak rasa dulu' hahahaha..
Tapi alhamdulilah dah 30 tahun berkahwin ni, Suami sangat bertanggungjawab dan beri nafkah secukupnya, tunaikan apa aja permintaan Sis dan kalau minta tak pernahnya tak dapat, syukur sangatt.. tapi orang pandang kita bila kita dah senang jerr.. time Sis dan Suami susah dulu, orang tak tauuu.. yang mereka lihat dan nampak, kehidupan Sis sekarang ni .. ..
Sebab tu Sis marah kalau bab kes peyondol laki orang ni.. kita bertahun-tahun hidup bersusah senang bersama, tapi ada yang amik kesempatan atas segala apa yang kita ada, kita bertahun kawin baru nak ada duit jajan, baru nak ada rumah sendiri dan kereta sendiri, tapi jenis perampas ni, merampas time laki orang dah ada segala, so kawin berapa tahun hidup dah mewah, ada rumah dan kereta, isteri mana tak meroyan kannn..
Sis berkali-kali pesan kat Yana, dah duduk rumah banyakkan bersabar, bertolak ansur, memang akan penat, buat kerja rumah semua, Suami balik nak masak makan dan ada masanya nak berborak pun tak sempat, sebab penat bekerja sepanjang hari, tau-tau memasing tidur. Tapi kena sabar.. kerana sabar tu lerr, tips rumahtangga bertahan..
Yana orangnya lembut tapi agak ganas hahahaha.. bimbang juga Sis, so far okaylah tuu.. Cucu Sis pun rapat dengan Ibunya berbanding Ayahnya, so Yana boleh jaga anaknya dengan baik, dah anak kann, mestilah nak yang terbaikk kannn.. harap juga menantu Sis boleh bertimbang rasa dalam segala hal..
Cuma... baru sehari cucu takde, lain betul rasa.. rasa sepi sebab tiap pagi Sis akan tunggu dia sampai, kemudian nampak mainan dia, alaa sedihnyaaa hati Sis.. time-ime gini mesti time dia tidur, masuk buai dan Sis akan buainya sampai lena.. kadang dengan Nenek pun lena sekali..
Rindu Nenek kat Khalish.. beza rasa bila Yana kata cuti dengan Yana kata tak hantar lagi.. sangat bezaaaaa.... tapi alhamdulilah juga, Yana duduk tak jauh dengan Sis, agak Sis rindu, Sis boleh je datang bermain dengan Cucu..
Lepas ni, Sis dah bolehlah ikuti semula kelas pengajian Sis seperti biasa. Kelas Fardhu Ain, kelas Ngaji dan kelas Usrah.. alhamdulilah Allah beri ruang dan peluang sekali lagi ...
P/S : So.. ada yang nak ajak Sis ngopi? Hahahahaha...
Apasal kita plak ikut sebak ni?
ReplyDeleteSemoga yg baik² saja buat Lin sekeluarga. Bab penyondol tu, semoga mereka diberi hidayah, Amiiinnn.
Sedih Kak, rasa kehilangan sekejap..
Delete