BERBUKA PUASA BERSAMA KELUARGA DI KAMPUNG CARABAO Puteri Harbour. Kemain jauhkan pergi berbuka puasa, tapi tak apalah sesekali dapat berkumpul dengan anak-anak, kita layankan aja permintaan anak-anak yang nak makan makanan Thai di Kampung Carabao ni.
Anak Sis yang sulung, Kakak balik JB, dapatlah bersahur dan berbuka dengannya walau sekejap. Itupun dia datang dari Melaka rumah Mertuanya bersahur dan berbuka juga di sana. Bila di tanya nak makan apa berbuka, masing-masing pilih nak makan makanan Thai, so ke sini laa kami.
Sahur pagi Ahad semalam, Kakak minta masakkan Nasi Goreng Tumbuk, Sis goreng ayam dan juga telur mata. Kejut makan sahur awal sikit, so dapatlah bersembang kami anak beranak pagi tu. Ayahnya pulak kata tiba-tiba kena kerja Ahad tu, emergency ganti orang.
Ini cawangan ke-3 terbaru mereka di Puteri Harbour |
Budak kecik tu paling gembira sekali |
So Suami Sis bagitau, nanti petang pergi aja dulu, kemudian balik kerja dia terus ke Puteri Harbour berbuka sama. Dah cakap kalau penat tak payahlah datang, tapi Suami kata nak join juga, bila lagi nak dapat berkumpul sama-sama anak-anak katanya, Cucunya pun ada sekali. Bukan apa, Sis takut dia penat aja. Tapi alhamdulilah, jalan pun tak jem.
Sempena Ramadan ni, Kampung Carabao ada buat set ramadan untuk pilihan beberapa pax, so anak-anak amik yang 7/8px makan untuk kami sekeluarga. Harga not bad laa RM288 tidak termasuk minuman. Menunya ada 10 jenis menu tersedia. memang cukup banyak sekali dan berbaloi-baloi.
Korang boleh juga add-on menu lain kalau nak.. ada ala-carte juga.
Thai Prawn Cake tu sedap betul laaa... |
Masa ni kami berbuka dulu, sekejap tu Suami sampai |
Paling Sis suka menu Thai Style Steam Squild dan Thai Prawn Cake dia, sedap betul... Lain-lain menu pun sedap. Anak-anak paling sukanya Tom Yam Seafood dia laa, betul-betul rasa Thai kata anak-anak, Suami pun suka, kemain menceduk kuah Tom Yamnya dia hirup.
MAAF, tak dan nak amik gambar menu-menu kalau berbuka dengan family hahahaha.... handphone dalam bag aja, gambar yang ada ni pun gambar anak-anak amik..
Kecik-kecik taknak naikk kann hahahaha |
Lepas makan, bergilir ke Surau, kat Puteri Harbour ni Surau dia banyak, hujung ada, tengah ada, so jangan risau Surau takde, telekung jer la bawa sendiri. Kalau malam meriah kat sini, ada pelbagai aktiviti korang boleh buat dan lepak-lepak. Nak naik Cruise pun ada ..
Suami Sis dah cakap dari sehari sebelumnya lagi, katanya nak bawa Khalish naik kereta lampu tu haa.. last-last bukan Cucu aja naik, anak menantu pun sama naik juga hahahaha.. kelakar betullah, gelak besar Ayahnya tengok perangai anak menantunya ...
Khalish sukalah orang layan dia.. gembira tepuk tangan dia. Alhamdulilah.. bahagia cara kami, kami tak ramai tapi kami ada sentiasa, walau tak selalu, tapi ada... syukur Ya Allah atas egala nikmat dariMU..
Kakak terus balik KL malam tu juga, inshaallah ada umur kita jumpa berkumpul raya nanti ..
P/S : Tahun depan, tambah lagi sorang ahli keluarga... inshaallah ❤ ..
Seronoknya....SA x pernh pergi sini..nanti lepas raya nak pi sini la..tahniah Sis Lin..tahun depan bertambah ahli keluarga ye...
ReplyDeleteInshaallah, nanti kad sampai jangan tak datang tauu hehehehe..
DeleteSeronoknyer berbuka reramai
ReplyDeleteAlhamdulilah Wak, rezeki nikmat dari Allah ..
Delete