BERBUKA PUASA MAKAN MAKANAN JEPUN. Tengah nak clearkan gambar, ternampak gambar makanan ni yang Sis makan berbuka puasa dengan Suami hujung minggu lepas. Kan ada Sis cerita Sis dan Suami meronda seharian dari Holiday Plaza ke Paradigm Mall tu, sampaikan berbuka puasa pun dalam Paradigm Mall juga.
Jangan kata makan, solat pun sampai 3 kali Solat Fardhu dalam Mall di Surau yang sama juga hahahaha. Yang kelakarnya sambil jalan bila ternampak aja restoran, Suami akan stop depan restorannya dan belek buku menunya. Bila dah belek, sambung jalan lagi, sambil cakap, 'takpe kita jalan dulu' ..
Mula nak makan di restoran Mi Hiris Chinese Muslim tu, tapi lepas jalan jalan lagi, lepas Asar, tiba-tiba Suami terberhenti di depan kedai makanan Jepun, Sukiya. Dalam hati Sis, 'Nak ke Suami makan makanan Jepun puasa-puasa ni' .. hahahaha
Dua tiga kali Sis tanya, nak makan mana, nak makan mana, tetap juga Suami mundar mandir depan restoran Jepun tu.. Sis tak kisah, memana pun boleh, janji makan.. tapi macam pelik pulak, walau seharian kami berjalan, sikit pun Sis tak nampak Suami mengeluh letih dan Sis pun tak rasa penat.
Tapi bukanlah jalan terus takde henti.. sekejap-sekejap tu kami berhenti dan duduk, sambil melihat ragam manusia bershopping. Ada yang anak menangis, ada yang jenis jalan aja, sebab Sis nampak keluar masuk kedai tapi keluar tak beli barang. Ada pulak yang masuk lama, sampai Sis sambung jalan pun, mereka tak keluar lagi hahahaha.. jahat betul mata aku..
Jam 6pm, Sis dan Suami ke restoran Sukiya, ingat nak booking table, tapi bila tanya, ooo tak boleh booking, just walk-in aja.. staff tu cakap dalam 6.40pm dah boleh masuk duduk. So sambung lagi berjalan hahahaha..
Tiba masa dan akhirnya setelah jalan jalan dan tengok sana sini, last-last kami berbuka puasa makan makanan jepun, Sukiya. Sempena ramadan ni, mereka buat promo Set Ramadan, so apa yang korang nampak tu, semua satu set, kecuali kacang edame tu haa Sis add-on.
Okaylah, harga cuma RM28.90 (tak silaplah, lupa pulak harga dia).. ada beberapa pilihan, set termasuk set nasi, minuman, buah dan juga sup. Ehh sedaplah ... not bad laaa.. Korang kalau nak cuba, pergilah Sukiya di Paradigm Mall .. lupa tingkat berapa, korang waze aja hahaha ..
P/S : Sis tengah layan marathon drama Takdir Itu Milik Aku, sedihnya lahaii citenya huhuhu ...
Wahhh.. En Sabar pun suka makanan Jepun ya. Yg bagusnya makanan dorg satu set, senang sebab dorg dah siap suai padan.
ردحذفItulah Kak, taunya dia suka kalau Nippon Shushi ke sebab ada Bento.. tak sangka pulak dia suka jenis set macam ni juga..
حذف