BUFET BERBUKA PUASA 2024 - BUFET ALA KENDURI SUASANA SUITES HOTEL JOHOR BAHRU

Sis Lin
4
BUFET BERBUKA PUASA 2024 - BUFET ALA KENDURI SUASANA SUITES HOTEL JOHOR BAHRU. Korang kalau nak tau, masa mula Sis dapat jemputan makan media preview di sini, Sis macam tak percaya pulak, betul ke tidak mereka buat bufet, sebab Sis dah berapa kali makan lunch di Suasana Cafe ni, so Sis memang tau macam mana keadaan di situ, tapi ternyata di luar jangkaan Sis. 

Sampai aja di majlis berbuka puasa tu, meriah Sis nampak dengan warong-warong signature dishes mereka di luar sepanjang jalan ke kolam renang. Yaa bufet berbuka puasa Suasana Suites Hotel ni diadakan di tingkat 33A level swimming pool yakni di Suasana Cafe. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bertemakan Bufet ala Kenduri, lebih dari 100 menu terhidang. Antaranya ; Sup Merah Gearbox, Kambing Bakar Kuzi, Gulai Kawah, aneka aSam Pedas, Ikan Tenggiri Lemak Nanas, Sayur Pisang, Punten, Laksa Johor dan banyak lagi!. 

Menu-menunya akan bertukar setiap hari. Begitu juga dengan hidangan Ulam-Ulaman, Salad, Kerabu, Kuih-Muih Melayu, Puding & Agar-agar sangat menarik perhatian presentationnya. Hampir kesemua menu utama mereka Sis rasa, ko ngase?! ..

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Suasana tempat makannya memang santai, pemandangan waktu malam dari tingkat 33A memang ala-ala duduk atas kayangan gituh.. cuma tempat adalah terhad, dalam satu masa mereka hanya nak hadkan untuk 70 atau 80 orang sahaja dalam satu masa sebab tak nak sampai berhimpit-himpit amik makanan. 

Bagi Sis okay aja, boleh menunggu dan faham bila keadaan berbuka puasa kan, tapi pihak hotel taknak laa sampai pelanggannya tidak selesa bila berada di situ, so mereka hadkan tempat, siapa cepat dia dapat. Sebab tu kalau korang rasa nak datang ramai, eloklah booking awal. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Atau korang nak privacy sikit, mereka ada sediakan bufet khas untuk tempahan 30 orang keatas di dewan majlis yang berada di tingkat 35. Harga tempahan bermula dari RM68nett seorang. Di situ hanya untuk korang sahaja laa. Contohnya, kalau korang nak buat reunioj berbuka puasa ke, birthday party ke, atau majlis keraian ke, korang boleh tempah untuk bufet khas ini. Lebih murah dan berbaloi. 

Salah satunya yang Sis suka makan di sini, bab presentation dan kepelbagaian menu mereka, memang teruja juga bila masuk sini pertama kali bufet ramadan, tersusun dan menu-menunya semua memang mengiurkan. Tahniah buat Chef dan semua yang terlibat, walau pertama kali, tapi ini dah the best dah.. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Nasi Kambing Kuzi, Laksa Johor dan Sup Tulang Merah Gearbix mereka, memang sangattt puashati makan. Error sikit rasanya biasa laa kann, mana ada yang perfect tapi bagi Sis dah sedap dan berbaloi-baloi. Korang kena cuba kalau inginkan suasana kelainan berbuka puasa. 

Buffet Ramadan 2024
Bufet Ala Kenduri Suasana Suites Cafe 
Bermula 13th Mar - 8 Apr 2024 
Dari jam 6.30pm - 10.00pm 

Harga baucar :
- RM108nett Dewasa
- RM88nett Warga Emas (60 tahun keatas)
- RM58nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Early Bird Promotion : 
Pembelian baucar sebelum 13 March 2024. 
- RM88nett Dewasa
- RM68nett Warga Emas (60 tahun keatas)
- RM48nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

* Surau sedia ada di tingkat 2 

Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6011 2640 0688 | +6017 283 5266 | +6017 767 5074 | +6010 946 5688 
📝 sales.ssjb@umland.com.my
🌎 https://www.suasanasuites.com.my

Suasana Suites Hotel Johor Bahru
Cafe Suites Suasana Aras 33A
82C Jalan Trus
Bandar Johor Bahru
80000 Johor Bahru Johor 

Lebih dari 80 gambar : faecbook pages akusislin
IG posting : IG akusislin 
TikTok posting : TT akusislin

Selamat menjamu selera ❤

P/S : Leganya ... boleh rehat dah sebelum ramadan datang ... letih rasa ... 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Memang cantik view Dari atas...Fuh, Nampak gaya cerita ni, memang sedap betul tuh..hehe.. Saya suka gak la hotel ni 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann Nona.. santai sangat time makan, sesuatu yang baru bagi Sis ... sukaaaa

      Delete
  2. Best kan makan sambil tengok bandaraya JB.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Kak, sangatt selesa dan santai-santai ..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!