BUFET BERBUKA PUASA 2024 - KOREAN BUFFET DELIGHT HYATT PLACE PARADIGM MALL JOHOR. Ikutkan Sis dah stop dah nak makan bufet berbuka puasa ni, tapi entah macam mana, bila dapat jemputan makan di Hyatt Place Johor Bahru Paradigm Mall ni, Sis agak teruja dan kemahuan nak menerima jemputannya tu memang excited.
Sebabnya, Sis rasa ini kali pertama ada Hotel yang buat bufet berbuka puasa bertemakan Korean Bufet, yaa makanan Korea korang.. tak ke sesuatu yang lain dari lain kan? Tertanya-tanya juga, boleh sampai ke tak sampai rasa pada menunya... tapi, jujur cakap, memang sangat tidak mengecewakan.
Chefnya juga Sis tau memang di datangkan dari Grand Hyatt Incheon, Chef Youneun Lee, Chef perempuan dan comel orangnya. Korean Bufet ni sudah pun berlangsung dan akan tamat sehingga 8 April nanti, so korang boleh mencubanya.
Antaranya; Bingsu, Kalguksu, Jajangmyeon, Teokbokki, Japchae, Pajeon, Kimchi, Short Rib Kalbi BBQ, Spicy Beef Radish Soup dan banyak lagi!. Nak tulis semua pun susah beno nak megejanya, tapi boleh di katakan semua menu makanan Korea ada di hidangkan. Cuma lupa pulak laa nak tanya, samaada menunya bertukar-tukar atau sama aja hari-hari, nanti Sis update.
TAPI, bukan sahaja makanan Korea, juga terdapat masakan Melayu juga seperti; Nasi Minyak, Kambar Bakar, Satay, Sup Daging Berempah, Ayam Biryani, Ikan Berlado, Otak-Otak dan banyak lagi!. Korang kena cuba, Sis suka betul semua masakannya, sedap yang betul sedap! Berbaloi-baloi makan di sini!.
Yaa bukanlah kata kalau bufet makanan Korea tu, semuanya menu Korea, tidakkk.. ada juga menu makanan Melayu kita yang biasa kita makan di bufet ramadan lain. Dan di sini juga ada pelbagai minuman panas dan sejuk. Korang kena cuba Bingsu mereka yang jadi tumpuan, sebab di sini mesin Bingsu tu korang boleh DIY sendiri.
Pencuci mulutnya pun banyak pilihan, dari puding, kuih-muih melayu, Ubi Rebus, Pengat, Bubur dan aneka Kerabu pun ada. So untuk korang yang nak berbuka puasa lain dari biasa, bolehlah bawa keluarga dan ajak kengkawan ke sini, sangat berbaloi dengan harga yang di tawarkan. Puashati dan puas rasa makan bufet kali ni.
Bufet Berbuka Puasa
Korean Dinner Buffet Delight at Hyatt Place Johor Bahru ..
Bermula 15th Mar - 7 Apr 2024
Dari jam 6.30pm - 9.30pm
Harga baucar :
- RM168nett Dewasa
- RM84nett Kanak-Kanak
* Surau sedia di tingkat 7
* Pertunjukkan Live Band
Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +60 7 291 1234
📝 hyattplacejohorbahru@hyatt.com
🌎 https://www.hyatt.com/.../hyatt-place-johor-bahru/jhbzj
Hyatt Place Johor Bahru
Paradigm Mall Tingkat 6
Lift 7 to On Seven Bistro
Jalan Mewah 2 Ria
Taman Bukit Mewah,Johor
Lebih 80 gambar menu : facebook pages akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT posting
Selamat menjamu selera ❤
P/S : Tiberrr keluar Lagu Raya di radio ... erkkkkkkk
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.