BUFET BERBUKA PUASA 2024 - SELERA WARISAN MELDRUM GBW HOTEL JOHOR BAHRU

Sis Lin
4
BUFET BERBUKA PUASA 2024 - SELERA WARISAN MELDRUM GBW HOTEL JOHOR BAHRU. Minggu lepas ada beberapa orang bertanyakan Sis, 'Takde ke bufet ramadan GBW?', 'Sis dah review ke bufet ramadan GBW?', haaa ni dia baru nak kongsikan ni haa.. bukan terlambat update tapi seperti tahun-tahun sudah, memang GBW Hotel Johor Bahru akan buat media-preview dia pada hari ramadan. 

So semalam adalah hari pertama bufet ramadan mereka di buka kepada orang ramai. Makanya apa yang Sis update harini, begitulah kejadian dan kemeriahannya suasana buffet ramadan di GBW Hotel ini. Bertemakan Selera Warisan Meldrum, sekali lagi dan berkali-kali Chef Karim dan teamnya menyajikan pelbagai hidangan masakan Melayu sepanjang ramadan. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Sebab itu, di sini antara bufet ramadan yang di tunggu di kalangan orang Johor, setiap tahun mereka menghidangkan lebih dari 150 aneka menu pilihan dari menu hidangan lauk-pauk, bakar-bakar, sup, bubur, aneka mee goreng dan mee berkuah hingga ke pelbagai pencuci mulut, yang pasti sangat menyelerakan!. 

Antara menu yang ada; Ayam Golek, Chicken Shawarma, Kambing Beryani, Kambing Golek, Satay, Roti Jala, Mee Rebus, Mee Kari, juga Daging Biryani, Sayur Lemak Labu Pucuk Paku, Sotong/Udang sambal Petai, aneka Kerabu dan banyak lagi!. Peminat kambing mesti suka makan sini, sebab banyak menu daging, terutama kambing hehehe .. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Tak lupa juga kuih-muih Melayu dan juga puding dan agar-agar, Serawa Durian, Durian Goreng, Bubur Pulut Hitam, Bubur Lambuk, pelbagai pilihan minuman sejuk & panas, juga aiskrim!. Anak bujang Sis sampai tak tau nak minum air apa, sebab banyak betul pilihan Air Balang dia. Air Panas pun tak kurang juga, segala macam ada. 

Cuma semalam, lupa pulak nak merasa Serawa Duriannya, aduiii lepas solat memang terus balik, rasa badan macam tak sihat, itu yang jadi selera nak makan pun terbantut, tapi apa yang Sis makan semalam, semua sedap. Puashati walau makan sepinggan tapi cukup mengenyangkan, alhamdulilah. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru

Siapa yang biasa makan di sini, pasti tau keenakkan masakan air tangan Chef Karim & teammya! Pasti puashati!. Berbaloi-baloi makan di sini. Alhamdulilah .. ada rezeki nak repeat makan di sini, nak bawa Suami pulak, dia memang suka makan di GBW Hotel ni. Antara tempat makan best di Johor. 

Buffet Ramadan 2024 
Selera Warisan Meldrum GBW Hotel Johor Bahru .. 
Bermula 13th Mar - 8 Apr 2024 
Dari jam 6.30pm - 9.30pm 

Harga baucar : 
Beli 9 PERCUMA 1 (Dewasa sahaja) 
- RM108nett Dewasa
- RM88nett Warga Emas
- RM58nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

* Diskaun 20% untuk mereka yang menginap (t&c apply)
* Surau sedia ada di tingkat 7

Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6016 710 0048 | +6016 723 3558 | +6016 710 0073 
📝 info@gbwhotel.com.my
🌎 www.gbwhotel.com.my

GBW Hotel Johor Bahru
Tempat makan di ruang Lobby Hotel
9R Jalan Bukit Meldrum
80300 Johor Bahru
Johor . 

Lebih 80 gambar menu dan suasana : facebook page akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin

Selamat menjamu selera ❤

P/S : Alhamdulilah, bufet ramadan review terakhir untuk ramadan 2024, hingga ketemu lagi di tahun 2025 .. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Pagi ni jujurnya, semua makanan semalam Sis terbayang huhuhuhu... rasa nak repeat makan sini lagi Her ... semalam mood spoil ..

      Delete
  2. Sedap uii! Air balang tuhlah gerak je nengoknyaa 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa, asyiklah bercakap aja anak bujang aku hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!