BUFET BERBUKA PUASA 2024 - WARISAN LAGENDA PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB JOHOR

Sis Lin
0
BUFET BERBUKA PUASA 2024 - WARISAN LAGENDA PONDEROSA GOLF & COUNTRY CLUB JOHOR. Sesekali makan di Club Golf menarik juga kan? Ye laa kita ubah sikit suasana tempat makan dan juga amik mood ala-ala ko tu member kelab golf hahaha. Di Johor ada juga beberapa rsort golf club sedia ada dan salah satunya adalah Ponderosa Golf & Country Club (Johor Bahru). 

Lebih dari 80 jenis menu yang ada. Bertemakan Warisan Lagenda Bufet, sajian yang di hidangkan lebih kepada variasi makanan masakan melayu dan citarasa masakan kampung kita. Kalau sebelum ni mereka ada juga mengadakan sajian berdulang berbuka puasa, tapi atas sambutan ramai tahun lepas, lebih kepada bufet yang mendapat sambutan. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

https://www.facebook.com/PonderosaGolfCountryClub

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Antara menu yang ada; Nasi Beriani, Nasi Kacang Dhall, Nasi Kabuli Ayam, Nasi Hujan Panas, Ayam Rendang Minang, Kambing Varuval, Sambal Jawa Tauhu Tempe, Kum Hiong Prawns, Chinese-style Soya Sauce Tauhu, Kupang Tumis Berempah, Kari Daging Kerisek,Sotong Kari Kering, Ikan TenggiriMasak Rempah Opor Daging Salai Lomak Cili Api, Nasi Ayam Hainan, Char Kueteow, Ayam Masak Merah, Kambing Bakar, Ulam-Ulaman dan beraneka jenis sambal & kerabu.

Lain dari yang lain bila bufet ramadan kali ini ada di sediakan Cucuk-Cucuk rebus atau goreng ala Lok-Lok. Sis memang sukalah makanan gini, lagi-lagi bila nampak aneka Dim Sum dan Mantau juga Pau ada juga dalam pengukus besar mereka, teruja sekejap. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Walau tidak ada Kambing Golek di sini, tapi Kambing Bakar mereka lazat yerr, dagingnya lembut, juicy dan sos pencecahnya juga sangat sedap. Bukan kambing bakar aja, udang, ayam dan sosej juga ada. Makanlah sepuasnya. Tak lupa juga kuih-muih Melayu dan juga puding dan agar-agar, Ais Batu Campur juga ada dan Rojak Buah. Lepat pisangnya sedap betul!. Teringat airtangan arwah Mak .. 

Bagi Sis bagi mereka yang tidak terlalu pemakan atau tidak suka akan kesesakan berebut makanan, memang sesuai datang sini dan berbuka puasa di sini. Tenang-tenang aja makan di sini, lauk-pauknya pun seakan kita masak di rumah, feel balik kampung tu ada. Ada orang tak berapa suka nak western sangat kann, so memang sesuailah dengan menu yang di sediakan berbaloi dengan harga yang di tawarkan. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Warisan Lagenda Ponderosa Gold & Country Club Johor

So korang, kalau masih mencari tempat makan best di Johor untuk berbuka puasa nanti, bolehlah datang ke sini dan raikannya bersama keluarga dan teman-teman tersayang. Pembelian early bird masih lagi di tawarkan. Siapa cepat, dia untunglah.. 

Buffet Dinner 2024
Warisan Legenda Bufet Ponderosa Golf Club  .. 
Bermula 14th Mar - 5 Apr 2024 
Dari jam 6.30pm - 9.30pm 

Harga baucar : 
- RM68nett : Isnin hingga Khamis 
- RM98nett : Jumaat Sabtu Ahad

Early Bird Promotion : 
Beli 8 baucer PERCUMA 1 Baucer
- RM88nett Dewasa
- RM68nett Warga Emas (60 tahun keatas)
- RM48nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

* Surau sedia ada di aras yang sama

Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +6019 758 8272 | +6019 779 9841 
📝 enquiry@ponderosagolf.com
🌎 https://ponderosagolf.com 

Ponderosa Golf & Country Club 
Cafe Ponderosa 
3 Jalan Ponderosa 3/1
Taman Ponderosa Johor Bahru
Malaysia . 

Lebih 50 gambar : facebook pages akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin

Selamat menjamu selera ❤


P/S : Macam sedap pulak kalau malam kang pi makan Lok-Lok ekkkkk... ermmmm

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!