BUFET RAMADAN 2024 - SELERA DESA THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL

Sis Lin
0
BUFET RAMADAN 2024 - SELERA DESA THISTLE JOHOR BAHRU HOTEL. Haritu ada yang tanya Sis, 'Sis takde review ramadan Thistle ke?' Ehhh gilerr takde, mestilah ada, cuma tahun ni agak lewat sikit jerr timing media-review ramadan mereka. Sis tau sebab apa korang tanya, sebab setiap tahun memang happening bufet ramadan di sini sebab ada penampilan pengacara EmbunJB & persembahan AqmalDaniel, tapi tahun ni takde yerkk.. Sis bagitau awal-awal dulu.. 

Alaa sesekali kenalah ada kelainan kann, janji yang penting masakan dan menunya setiap tahun meletop. Bertemakan Selera Desa Thistle at Thistle Johor Bahru Hotel, lebih dari 150 sajian masakan Melayu di hidangkan dari kuali panas, hingga ke kawah, juga yang di panggang mahupun di rebus, semuanya siap terhidang sepanjang ramadan nanti. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Antara menu yang ada ; Sup Gearbox, Gulai Kawah, Shellout, Ayam Opor Maharaja, Gulai Daging Salai & Pisang Muda, Asam Pedas Ikan Pari, Kepah & Nanas Lemak Cili Api, Itik Pong Teh, Satay, Laksa Johor, Mee Rebus, aneka Cucur, Kway Teow Goreng, Lemang Ketupat dan banyak lagi!!. 

Kali ni memang puas laaa Sis makan menu sayur nangka, siap ceduk sepinggan Sis ratah lagi, sedap betul masakannya. gulai daging pisang muda tu pun sama, Sis suka, makan gaul dengan aneka sambal belacan dia, ishhh mantap sekali. Betul feel balik kamping .. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Tapi kalau korang jenis tak suka makan lauk berlauk, ada juga Nasi Ayam dan Laksa Johor dan Mee Rebus. Tapi setiap hari menunya bertukar. Yang menarik sekali Mee Hoon Sup Utara tu, walau takde sambal tumbuk, makan dengan sambal kicap pun dah sedap rasa supnya. 

Tak ketinggalan juga aneka kuih-muih, buah-buahan dan juga Bubur sebagai pemanis mulut. Pstt ada Durian Fresh, ada Durian Goreng & Serawa Durian juga di sini. Paling tak tahan, lebih dari 8 jenis minuman tersedia! Dan juga minuman panas Teh Tarik & Air Kathira. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Di sini banyak pilihan nasi, selain nasi ayam, ada nasi arab dan juga nasi biryani daging juga. Mungkin hari korang datang, kot ada nasi kerabu atau nasi dagang, mana tau kannn.. Ye laa takkan laa hari-hari nak menu yang sama kann... Memang mana-mana hotel kalau korang pergu buffet ramadannya, setiap hari menu bertukar yaaa ..

Minuman dia jangan cakap, terkejut tiap tahun datang sini, lebih dari 8 jenis minuman sedia ada hahaha.. boleh kembong perut minum air aja yaa.. Sos far Sis suka air kurma dia, sedap.. Buah-buahan dia pun menarik perhatian Sis, aneka jenis ada, kawan sebelah Sis makan buah dah maam masuk kebun hahahahaha..

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Macam Sis bagitau awal tadi, untuk tahun ini tiada pengacara EmbunJb dan juga persembahan AqmalDaniel yang korang tunggu, tapi ada persembahan Akustik live band. Okaylah kann, sambil makan ada yang menghibur. Korang boleh fokus makann aja hahahaha.. kang kalau EmbunJB tu ada, banyak gelak dari makan kan korang hahahahaha.. 

Bazar Raya di luar ruang masuk ballroom tetap ada, dan setiap tahun Syu Anggerik memang ada buka bazarnya di sana. Pelbagai jenis kuih raya dan kek akan ada di jual. Sos korang yang nak beli dan order dengannya boleh terus walk-in atau pick-up di ruang masuk Orchid Ballroom di Thistle Johor Bahru Hotel. 

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel
Bersama owner Syu Anggerik, kawan lama Sis .. Tahniah Syu ..

Bufet Berbuka Puasa 2024 - Selera Desa Thistle Johor Bahru Hotel

Paling paling best, ada station Durian Fresh. Memang tiap tahun tak pernah tak ada, rasa puas dapat makan durian dekat hotel hahahaha, tapi durian station dia buka jam 8pm yaaa setaip hari, so korang makanlah dulu nasi sebelum makan durian, kang pengsan pulakk. 

Buffet Ramadan 2024
Selera Desa Thistle Ramadan Buffet at Thistle Johor Bahru Hotel 
Bermula 13th Mar - 8 Apr 2024 
Dari jam 6.30pm - 10.00pm

Harga baucar :
Beli 10 PERCUMA 1 (Dewasa sahaja) 
- RM138nett Dewasa
- RM88nett Kanak-Kanak (6-12 tahun)

Early Bird Promotion : 
Pembelian baucar sehingga 8 March 2024. 
- RM118nett Dewasa
- RM78nett KanakKanak (6-12 tahun)

* Live band  setiap hari  
* Jualan Bazar Raya tersedia
* Surau sedia ada di tingkat 2 
* FREE Parking

Untuk pembelian/tempahan :
☎️ +607 267 8999 | +6012 789 2092
📝 salesthistle.johorbahru@thistle.com.my | fnbcoordinator.jb@thistle.com.my
🌎 https://www.thistle.com.my/johorbahru

Thistle Johor Bahru Hotel
Orchid Ballroom
Jalan Sungai Chat, 
80100 Johor Bahru

Lebih 80 gambar menu : facebook pages akusislin
IG posting : IG akusislin
TikTok posting : TT akusislin

Selamat menjamu selera ❤


P/S : Esok sambung semula media review.. di mana? tungguuu ... 

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!