CARA DAPATKAN NASI YANG LEMBUT DAN PEROI - LANGKAH DEMI LANGKAH

Sis Lin
4
CARA DAPATKAN NASI YANG LEMBUT DAN PEROI - LANGKAH DEMI LANGKAH. Masak nasi je pun, tapi bukan mudah yaa nak dapatkan nasi yang lembut dan peroi, bukan salah beras tapi kalau kena caranya memang menjadi cantik nasinya, terutamanya kalau guna beras brasmathi. 

Ada orang walau guna beras brasmathi, amik mudah dan guna cara mencuci dan membasuh cara yang sama dan biasa, sebenarnya ada caranya tersendiri untuk dapatkan nasi yang lembut dan peroi bila guna beras brasmathi. Yang biasa ke dapur tentu dah tau dah caranya kan, so bagi yang tidak lagi celik ilmu, meh laa kita belajar sama-sama dan mencubanya.. 

Sis pun kadang fail juga masak beras brasmathi ni.. 

Cara Dapatkan Nasi Yang Lembut Dan Peroi - Langkah Demi Langkah
Gambar dari carian facebook

1. Sediakan Beras.

Langkah yang paling utama dalam mendapatkan nasi yang lembut dan peroi adalah dengan merendamkan beras brasmathi selama 1 hingga 2 jam di dalam air terlebih dahulu, ia adalah kerana bagi beras mendapatkan semula kelembapan semulajadinya.

Ini adalah kerana beras dah di rebus terlebih dahulu dan dia jemurkan sebelum packing untuk jualan.

Tips penting: Jika ada garam bukit atau sea salt bolehlah masukkan sedikit kedalam air rendaman. Rendamkan beras adalah langkah paling utama.

2. Nisbah Sukatan (Air : Beras)

Selain rendam beras nisbah sukatan air kepada beras juga adalah sangat sangat penting untuk menjadikan nasi lembut dan peroi. Nisbah air atau cecair dan beras haruslah diberi perhatian, harus disukat dengan betul dan tak boleh main agak agak macam kita perasakan garam kepada masakan yer.

Jika terlebih air nasi akan jadi lembek melekat dan tak berderai, dan jika terkurang air nanti nasi tak akan jadi gebu dan akan keras bila ianya menjadi sejuk nanti. Jadi sila beri perhatian kepada sukatan nanti yer.

Cara mudah, gunakan nisbah sukatan 1 cawan beras : 1 1/4 cawan air atau air dengan cecair lain seperti susu ataupun santan. Jika nak lebihkan cecair make sure jangan lebihkan dari sukatan 1 1/2 cawan bagi 1 cawan beras yer. Make sure take note.

3. Teknik Dan Kaedah Memasak

Ada 3 kaedah memasak yang sesuai digunakan mengikut jenis nasi yang kita nak masak :

Kaedah menumis beras dahulu : kaedah ni selalunya di tumiskan semua bahan-bahan tumis didalam rice cooker dan masukkan air dengan sukatan yang betul, dibiarkan cecair mendidih terlebih dahulu baru dimasukkan beras.

Kaedah mendidihkan air ikut sukatan: bagi kaedah ini pulak rempah rempah ditumis asing dan dicampurkan sekali dengan cecair, sama juga didihkan cecair sebelum masukkan beras kedalam.

Kaedah didih air tanpa sukatan: kaedah ini selalunya digunakan bagi yang dah kerap kali masak beras jenis ni dan selalunya masak dalam kuantiti yang banyak.

Cara Dapatkan Nasi Yang Lembut Dan Peroi - Langkah Demi Langkah
Gambar dari carian facebook

4. Pantang Larang Ketika Memasak

Antara pantang larang yang harus dielakkan ketika memasak nasi menggunakan beras basmathi:

• Jika nak kacau beras ketika masak, harus diingatkan hanya kacau beras ketika cecairnya masih banyak, elakkan kacau ketika cecairnya sudah mengering, ini akan mengakibatkan beras itu patah. Sebab pada ketika ni beras berada dalam stage fragile.

• Jika tanak beras atas api, perlahankan api apabila cecair dah mula mengering dan tutup periuk serapat mungkin agar kita tak kehilangan wap untuk proses memasak.

• Sentiasa biarkan nasi rest didalam periuk dahulu selama 10 ke 15 minit selepas ianya dimasak, jangan terus dikacau dahulu, restkan sebelum dikacau.

• Kacau nasi ketika panas, untuk mendapatkan berbutir, nasi akan mula bergumpal dan melekat setelah ianya sejuk.

• Kacau nasi dari sebelah luar dahulu dan jangan tergopoh gapah, nanti beras akan patah.

5. Tips Memasak Beras Brasmathi, Tips Tambahan 

Menggunakan pewarna: jika korang nak gunakan pewarna contoh macam nak buat nasi hujan panas atau nasi briyani, titiskan pewarna ketika nasi dah kering dan biarkan terlebih dahulu sebelum dikacau.

Minyak: harus diingatkan minyak tak termasuk dalam sukatan cecair yang digunakan untuk memasak nasi, walaupun minyak adalah terdiri dalam kategori cecair yer.

Elak nasi patah: elakkan mengacau terlalu lama dan terlalu kerap ketika memasak nasi ni yer, terutama sekali ketika nasi dah kering.

Bekas penyukat: gunakan sukatan yang sama untuk sukat beras dan air yer.

Tampa rice cooker: jika masak mengunakan api, atau tanak nasi atas api, besarkan api ketika masih bnyak cecair, tapi perlahankan api ketika cecairnya dah mula kering.

Semoga perkongsian yang dikongsikan ni membawa manfaat kepada semua..


P/S : Terus tekak rasa nak makan Nasi Biryani waduh waduh....

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tips yang menarik. Boleh dipraktikkan. Terima kasih Sis Lin

    ردحذف
  2. terima kasih tipsnya sis lin. Anak anak saya memang suka sangat kalau masak nasi guna beras panjang ni.

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, rumah Sis pun sama makan beras brasmathi Azian...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!