HUJUNG MINGGU YANG SIBUK MELAYAN ANAK MENANTU DAN CUCU. Syukur alhamdulilah, terlalu happy sangat Sis bila cuti hujung minggu baru ni di habiskan sepenuhnya dengan keluarga. Memang Sis betul berehat sibuk melayan anak menantu dan cucu Sis. Empat hari anak sulung dan menantu Sis balik ke Johor, dan Suami pulak luangkan masa balik sekejap pada hari Sabtu tu, memang kegembiraan anak-anak cukup seronok dapat berkumpul sama.
Ini pun baru sempat duduk depan laptop selepas Sis settle mencuci cadar, selimut, tuala dan jemur bantal semua, sesambil menunggu ayam defrost dalam sinki untuk masak tengahari nanti.
Anak Sis,Kakak sampai Khamis malam, ikutkan dia sampai petang di rumah tapi dia nak berjalan dulu cari makan di bandar Johor, so malam laa baru sampai rumah. Memang Sis tak masak Khamis tu sebab dia dah pesan tak payah masak.
Esoknya Jumaat, memang dah plan, Sis ajak adik-adik datang ke rumah makan tengahari dan lepak sama, makanya berderetlah menu-menu yang memasing order minta masakkan. Anatara menu paling di minati, Asam Pedas Ayam dan juga Pucuk Ubi Rebus cecah Air Asam hahahaa.. tak jemu-jemu ekkk..
Sis masak 3 ekor ayam sekuali Asam Pedas Ayam, kemudian masakkan menantu Sambal Tumis Sotong untuknya, dia suka makan sambal tumis. Then goreng juga Ikan Kembong beberapa ekor. Buat pulak Tempe Sambal Hijau, goreng Sayur Bayam Tumis Tomato dan Telir Dadar juga ulam-ulam dan buah-buahan, memang penuh satu meja hahahaha..
Makanlah semua puas-puas yaa.. Lepas makan lepak depan tv main PS4 menantu Sis bawa. Petang sikit melayan cucu main air depan rumah sambil Sis siram pokok dan lantai. Cuaca masa tu panas gilerr uii, buka ekon pun rasa bahang. Peliknya baru dua hari ni je hujann kannn..
Konon memasing plan nak pergi Festval Layang-Layang, tapi bila tengok cuaca panas macam haperrr, so semua tak jadi nak pergi, duduk rumah, anak-anak order aiskrim Malaysia, makan laa semua sejukkan badan. adik pulak buat Ais Koktail buah, memang nikmatlah makan time panas-panas.
Esoknya Sabtu dari pagi, berzikir di bibir anak minta Sis bagitau dan pesan kat Ayahnya supaya jangan lupa balik malam nanti untuk keluar makan. Ayahnya busy sangat untuk siapakan projek shutdown dia, memang stay pun di Penggerang buat masa ni untuk selesaikan semua kerjanya. Tu yang ayahnya agak terkilan bila anak-anak balik tak dapat join sama lepak dan bawa jalan.
Tengahari lepas lunch, anak-anak ajak keluar, pergi ke IceYoo Taman Gaya. Nak cari Korean Dessert katanya, Emaknya follow aja, tapi memang suka laa Sis, sebab dapat makan TaufuFah tu, sedap gilerrr... RM6 aja..
Yang di tunggu-tunggu anaknya acara makan malam bersama Ayahnya. Ayahnya sampai rumah selepas Mahgrib, sempat main kejap dengan cucunya, then kitaorang keluar terus ke Restoran Todak Orang Asli. Memang permintaan anak-anak nak makan sini. Kesedapan masakan ketam lada hitam dan ketam bercili tu takde tempat lain yang sesedap ni, kata anak-anak hahahaha..
Ayahnya pulak order kemain banyakk.. Ketam Blackpepper 3 ekor, Ketam Bercili 3 ekor, Ikan Siakap Stim Kicap sekor, Ikan Jenahak masak Nyonya sekor, Sotong goreng, Udang Kari Indinesian 7 orang makan, Mantou 8 biji, Sayur Kailan dan Sayur Capcai, fuhhhh puashati semua makan, licinnn.. alhamdulilah...
Esoknya Ahad (semalam), Ayahnya selepas Subuh dah gerak balik Pengerang. Kakak pulak nak gerak balik KL, tapi dia mengajak makan di Bestmart Nusa Bestari nak makan Ayam Penyet dan Nasi Ayam. Sis ikut jaa laa.. tapi Sis makan nasi berlauk, memang rindunya makanan di sini. Dulu duduk bukit Indah, memang selalu ke sini makan tengahari dengan kengkawan.
Lepas makan Kakak terus balik. Sedih pulakk rasa, walau sekejap tapi syukurlah masih ada peluang bersama. Inshaallah kita jumpa nanti raya yaa.. tahun ni Kakak beraya rumah mertua dia dulu. Yana beraya rumah Sis. Sukalah Datuknya beraya main dengan cucunya hehehehe..
Balik rumah memasing Yana dan amat tidur kepenatan, cucu pun sama, Sis smabil mengemas-ngemas biliknya Kakak tu, then barinh jap rehat sementara tunggu Maghrib. Lepas Maghbrib sebelum hantar Yana balik (Suaminya duty), dia ajak makan dulu, so pergi je laa Sham Bistro dekat rumah Sis tu.
Teringin pulak nak makan Bihun Suo, tapi ermmmm... tak kena tekak pulak, tawar dan entahlah.. Yana dan anak bujang Sis bebel, katanya, 'ada ke pergi Mamak makan Bihun Sup' hahahahaha.. adeiii takpelah, dah depan mata kan, bedal aja laa.. sayang, jangan membazir..
Balik hantar Yana, memang Sis tak buat apa, mandi, solat, terus baring-baring tengok handphone, tau-tau tertido.. anugerah Juara Lagi final pun Sis tak tengokk.. tapi dah agak dari mula, memang lagu Hasrat nyanyian Amir tu akan juara, lagunya memang best.. betul jangkaan Sis.
P/S : Terima kasih Allah atas segala nikmat dan kebahagiaan ini.. i love you En Suami ❤
alhamdulillah...seronoknya dapat berkumpul anak, mennatu, cucus...
ردحذفsemoga kaklin sihat2 selalu ya...
sama macam mak Linda jugak, ahad ritu tetaplah masak jugak (padahal awal pagi baru smpai dr kelantan)...menantu nya makan, anak mak sendiri tak makan...sebab perut dah penuh...kikiki
Alhamdulilah Linda, nikmat dan peluang Allah beri selagi masih ada..
حذف