KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH JOHOR 2024

Sis Lin
8
KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH JOHOR 2024. Majlis Agama Islam Johor (MAINJ) menetapkan tiga kadar zakat fitrah tahun ini, iaitu RM7, RM12 dan RM20. Penetapan harga fitrah berdasarkan kepada harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di negeri ini, iaitu pada kadar timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.6 kilogram.

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor menetapkan kadar RM7 untuk umat Islam negeri ini yang menjadikan makanan hariannya beras jenis Super Tempatan. Kadar maksimum 20 ringgit  dilancar, bagi memberi peluang kepada Umat Islam berpendapatan tinggi, untuk membayar kadar yang lebih untuk Zakat Fitrah.

Bagaimanapun, pengecualian kadar 12 atau 20 ringgit, diberikan kepada Umat Islam yang terpaksa menggunakan beras selain Super Tempatan berikutan tiada bekalan. Umat Islam Johor di nasihatkan melakukan pembayaran Zakat Fitrah pada awal Ramadhan, bagi membolehkan bantuan awal disampaikan kepada golongan memerlukan, untuk persiapan Aidilfitri.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2024

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2024

1. RM7 (beras tempatan),
2. RM12 (beras import),
3. RM20 (beras wangi,basmathi) 

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2024

Kadar Zakat Fitrah Setiap Negeri 2024

1. Perlis : RM7 / RM10
2. Kedah : RM7 / RM14.50 / RM22
3. Penang: RM7 / RM14 / RM21
4. Perak : RM8 / RM16 / RM24
5. Selangor : RM7 / RM14 / RM21
6. N. Sembilan : RM7 / RM12.50 / RM22
7. Melaka : RM7 / RM14 / RM21
8. Johor : RM7 / RM12 / RM20
9. Pahang : RM7 / RM14 / RM21
10. Terengganu : RM10 / RM22
11. Kelantan : RM7 / RM14 / RM21
12. Sarawak: RM7.50
13. Sabah : RM7.50
14. Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan: RM7 / RM15 / RM22

Kadar Bayaran Zakat Fitrah Johor 2024

Pembayaran zakat fitrah boleh menggunakan tiga kaedah iaitu kaunter amil (aplikasi Duit Now atau tunai), kaunter MAINJ di setiap daerah dan cawangan serta pembankan internet seperti Zakat Johor Online Payment (QR Code Fastpay dan aplikasi TULUS) ..

ZAKAT MEMBAWA BERKAT ❤ .. 


P/S : Sis katagori RM20 .. Moga memberi manfaat kepada yang memerlukan .. 

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak cara dah nak bayar zakat fitrah ni. Ikut mana yang lebih mudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Fiza, takde rasa alasan nak bayar lambat kan ..

      Delete
  2. Senang dah nak bayar zakat zaman sekarang. Tak berebut serbu pak imam masjid dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Yan, mudah dan tak perlu bertangguh ..

      Delete
  3. Beras tempatan dah tak nampak kewujudannya.
    Tak bolehlah bayar zakat fitrah RM7 nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr Wak, betul tu, terpulanglah pada sesaorang nak bayar, anda buat anda dapat ..

      Delete
  4. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Selangor masuk kekal 7/14/21

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!