KURMA BUTTER VIRAL. Tahun ni ramadan, viral pulak masing-masing makan kurma yang di letakkan di dalamnya butter. Korang dah cuba ke? Kurma dan butter ini adalah merupakan makanan sunnah juga kegemaran Rasulullah SAW. Ramai kata menu sahur yang tengah viral ni mengenyangkan dan sesuai pula untuk orang yang susah nak makan kurma.
Sis sendiri belum mencubanya, salah satu sebabnya.. Sis ni ada kolestrol, jadi agak takut juga nak mekannya, sebab kalau di kira-kira, 1 biji kurma = 20 kalori, 1 sudu besar butter = 100 kalori, jumlah semuanya 120 kalori untuk sebiji.. buatnya kang dah cuba sekali sedap, mau berbiji-biji kang.. hahahaha..
Nak makan untuk rasa rasa tiada masalah, untuk pengambilan kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan.
Photo copy dari facebook |
Makan kurma + butter tu elok ke?
Jawapan:
Elok jika anda kekurangan makanan lain, perlukan tenaga untuk merentas padang pasir dan berperang atau buat kerja berat. Memang banyak kalori anda boleh dapat daripada kurma + butter untuk buat kerja berat. 2 biji kurma dengan satu sudu butter tu kalorinya macam satu cawan nasi.
Tetapi kalau anda duduk je buat kerja online, exercise pun tidak, selepas telan kurma + butter anda nak juga minum sirap bandung, nak telan kek viral, nak makan murtabak Ramadan bazaar, nak makan nasi beriani ayam madu (yang selalunya madu fake yang ditambah gula), bukankah itu resipi obesiti?
Lainlah untuk orang yang rajin bersukan seperti marathon runners, weightlifting, footballers. Mereka nak makan kurma butter pun boleh sebab kalori itu akan dibakar dan digunakan.
Anda buat aktiviti apa dan apakah makanan lain yang anda makan? Saya percaya Rasulullah s.a.w tak makan processed food, tak makan kek viral, tak minum teh tarik dengan susu pekat manis, tak telan kurma banyak-banyak sampai nak campur kurma di dalam jus campuran merapu.
Bukan hanya Rasululllah s.a.w. makan real food, baginda tak makan sampai kenyang, jadi ada calorie control dan tak makan sampai obese.
Tengoklah apakah keseluruhan kalori yang anda makan tu dan tengoklah banyak mana kalori keperluan anda dari aktiviti anda dulu, sebelum anda sendiri tanya diri sendiri elok ke tak elok untuk anda?
Kalau nak buka puasa makan kurma + butter, kurangkan makanan tinggi kalori yang lain, janganlah lepas tu pi makan kat Ramadan buffet pula kaaann. Apa-apa pun anda nak makan, pandai-pandailah fikirkan apakah keperluan kalori anda.
Kredit dari Facebook Imelda Balchin
P/S : Anak bujang cakap juga, nantilah try buatkannya ..
tu lah, aku perasan gak tadi ada yang share tak bagus sebenarnya makan kurma+butter banyak2 camtu je...rupanya sebab kalori dia tinggi dan tak sesuai untuk yang kerjanya duduk-duduk saja...
ReplyDeleteAku dah try Sun, uishh tekak aku tak boleh terima, rasa berkilat dalam tekak hahahaha
Deletekita tengok pun dah boleh agak sebab butter tu kan kalori tinggi, sikit-sikit boleh la sebijik dua ini kalau dah banyak lain lak
ReplyDeleteYaaa fikir diri sendiri pun ada kolestrol, eloklah di elakkann
DeleteSA setakat sebiji tu boleh la telan lagi, tapi kalau xde masalah jangan la cari masalah..keturunan penyakit 3 serangkai ni..baik jangan sesekali mencoba...kang x pasal- pasal jer jadi orang paling manis dalam dunia..manis sebab cantik x pe..jangan manis penyakit...contoh terdekat dah ada kan...
ReplyDeleteSama Sis SA, keluarga semua 3 serangkai, sendiri mau ingat je laaaa
Delete