MAKAN SATAY WAK RADOL BERSAMA GENG BAS SEKOLAH SEBELUM BERPUASA. Ginilah kalau hal yang di rancang memang susah nak menjadi, tapi kalau last minit, memang pasti jadi punya hahaha.. kitaorang macamtu laa, plan bagai nak haperr, nanti last-last tak jadi.. tapi semalam, sekali cakap aja, ehhh semua kata OK kekeke..
Kebetulan semalam Sis datang ke rumah anak dan lepak main dengan cucu seharian. Suami kerja, menantu pun duty, so Sis pergi rumah Yana bermain dengan cucu. Dalam pada tu, geng bas sekolah Sis cakap nak jumpa makan-makan sebelum puasa. Then Sis cakap, jom lepak makan satay Wak Radol tepi jalan EDL tu.
Sebab mudah, dah depan betul rumah anak, so Sis tak payah nak pusing balik rumah. Sis bagi location, then semua kata ON. Lepas Maghrib kami semua pun berjumpa.
Kalau dah lepak makan di Wak Radol, apalagi tentunya laa kami makan Satay. Satay dia sedap, juicy dan besar sizenya. Puashati makan cecah dengan sambal kacang. Geng-geng Sis ramai yang pestime datang sini, semua terus kata sedap.
Kemudian macam biasa laaa, menu yang mesti Sis order dengan Suami kalau makan sini, tak lain tak bukan Mee Hoon Soto dia atau Bihun Sup. Sis makan Mee Hoon Soto, lelain pun ada ikut sekali makan yang sama. Ada yang makan Mee Rebus dan juga Nasi Goreng dia laa, sedap gilerr..
Kira puashati laa memasing makan walau pestime datang sini makan. Siap cakap nak datang lagi nanti bawa Suami dan anak-anak. Korang boleh duduk di luar atau di dalam, tapi kitaorang ramai, so duduk dalam aja. Nasib ada kipas, so tak lerr panas.
Makan-makan sambil bincang nak plan berbuka puasa sama sempena birthday Kak Sue geng bas sekolah kami ni. Memasing macam pilih nak berbuka di Suasana Suites Hotel nanti. Cuma tengah cari date aja. Kena plan awal sebab nak booking. Kalau tak kang takut full.
Dalam pada tu geng kitaorang,Lily bagi buah tangan sempena ramadan buat semua. Terima kasih Lily, moga di murahkan rezekinya. Juga buat Suami Ima yang bayar makan semalam. Moga sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan kalian semua.
Baru perasan, tajuk makan satay tapi gambar satay takde, hahahahaha sebab satay sampai lambat hahahaha..
P/S : Semalam jumpa, semua kata nampak kurus, kurus bebeno hahahaha kurus tang mana haaaa
seronotnya ada banyak geng geng... saya ada geng blogger jdt je..hahaha
ReplyDeleteGeng masuk air semua tu Yan hahaha alhamdulilah ..
DeleteSA x sempat- sempat lagi layan satay wak radol ni sis lin...lepas bulan puasa la kot balik sana
ReplyDeleteNanti singgah SA, banyak cawangan, yang ini dekat laluan EDL..
Delete