MENU BERBUKA PUASA 11 RAMADAN MAKAN PULUT KUNING RENDANG AYAM

Sis Lin
2
MENU BERBUKA PUASA 11 RAMADAN MAKAN PULUT KUNING RENDANG AYAM. Semalam Sis berbuka puasa seorang diri sahaja di rumah. Ingatkan nak keluar ke cari Cafe ke atau mkan di kedai Mamak Sham Bistro area rumah Sis tu, tapi malasnya nak bersiap hahaha, so Sis order aje laa Pulut Kuning Rendang Ayam untuk menu berbuka puasa semalam. 

Kebetulan Pasar Online Sis tu ada open order menu berbuka, Sis baca senarai, ternampak ada pulut kuning, terus Sis PM dia order dua bekas Pulut Kuningnya. Cuma kali ni rendang ayam, sebab sebelum ni rendang daging, tapi tak kisahlah rendang ayam ke rendang daging ke, janji ada makanan nak buat berbuka.

Juga beli sebekas Lai Chi Kang ais satu.. 

Menu Berbuka Puasa 11  Ramadan Makan Pulut Kuning Rendang Ayam
Korang tengok tekstur pulutnya, lembik sangat kan?

Nak masak, lagi laa malas, ye laa makan seorang kan, nak buat nasi goreng, nasi pun tak de, so tak payah peningkan kepala, order aja lagi senang, habis makan, bekas terus buang, lagi menyenangkan urusan kita, so banyak masa boleh duduk lama solat, baca Quran dan tarawih. Alhamdulilah .. 

Cumanya, agak terbantut sikit masa makan pulut kuning rendang ayam tu, rendang tu agak masin, dan pulutnya terlalu lembikk, Sis tak dapat apa yang Sis bayangkan kesedapannya, nak taknak makan ajalah.. tapi tak habis juga Sis makan kedua bekas, setengah pulut bekas kedua, Sis tak boleh makan dah, buang aja, tapi rendang ayamnya walau masin, tapi sayang nak biarkan, Sis telan juga habiskan.

Menu Berbuka Puasa 11  Ramadan Makan Pulut Kuning Rendang Ayam
Yana hantar gambar masak Nasi Lemak, tengoklah aksi Cucu Sis tu hahahahaha

Ye laa masin pun, bersyukur juga ada makanan nak buat berbuka, kadang bayangkan mereka yang dalam kesusahan dan teringat rakyat Palestin yang kebuluran di sana, tak tertahan rasa jiwa memberontak, tapi apa kan daya, kita hanya mampu buat semampu kita memboikot dan berdoa untuk mereka aja. 

Jangan berhenti bercakap mengenai Palestin korang, teruskan berkongsi dan jangan putus asa berdoa walau belum nampak apa-apa kesan baik sekalipun, Allah itu Maha Mendengar setiap rintihan hambanya, mungkin ada antara kita Allah angkat doanya dan makbulkan apa yang di hajatkan, inshaallah ... 

Makanya, apa yang ada depan mata kita, bersyukurlah ... 


P/S : Panas sangat cuaca, siram pokok kat luar sekejap pun gelap mata di buatnya... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mmg jelas lembik pulutnya tu, Lin. Mesti serik nak order lagi tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Kak, mula nak makan takut gak sakit perut, alhamdulilah okay...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!