MOREH MAKAN DURIAN. Dari puasa pertama lagi, dalam kepala ni memang dah ingat, lepas berbuka nak makan durian, tapi tu laa kann, bila perut dah makan, dah kenyang, lupa pulak tang durian tu, time nak tidur laa Sis asyiklah cakap dengan Suami, 'Alaa lupa nak makan durian', sampai Suami kata, 'Esok Sahur je la' hahahaha.. so okay kita makan time Sahur je laa..
BIla Sahur, masak then makan, lepas tu duduk-duduk meja makan sambil sembang dengan anak bujang dan Suami, minum air kopiO panas, lepas tu tengok jam dah 5.45am, kemas dapur terus naik stanby nak Subuh. So langsung tak ingat durian tu yaa.. sampai laa berulang-ulang dah masuk ramadan ke-3 haritu..
Last-last, masa puasa hari ke-3 tu, sebelum terlupa, awal-awal Sis dah keluarkan bekas duriannya letak atas meja hahahaha.. senang nak ingat bila terbau, tapi tak bau pun sebab dalam bekas tertutup. Bila dah bukak fuhhhhhhh bau dia meletop lobang hidung, pahit betul baunya hahahaha..
Durian ni adalah baki durian yang di beri oleh besan Sis sebelum ni. Banyak dia bagi, tak termakan sekali jalan, so Sis kopek dan simpan dalam bekas masuk esbox. Macam-macam plannya, nak buat bubur durian laa, nak buat serawa laa, last-last habis di makan begitu sahaja, sejuk-sejuk makan memang sedap woooo....
Sis ni jarang juga 'moreh' ni, time ramadan, lepas berbuka aja, Sis terus naik atas, kadang dah tutup terus lampu bawah semua, tak turun lagi dah. Kecuali kalau Suami balik lambat, dia balik nak makan, baru Sis turun bawah balik hidang makan untuknya.
Ada masa Suami balik dah makan, so dia kenyang. Sis memang dah naik atas, buatlah apa yang patut, nak baca buku ke, nak ngaji ke, time ramadan ni, Tarawih laa, pun buat mana larat aja. Siap semua barulah nak nagadap handphone, baca email dan jenguk FB IG TikTok semua. Sebelum jam 11pm kadang Sis dah tidur.. gitulah Sis time ramadan.
Tu sebab kalau berbuka malas nak beli kuih-muih atau nak buat manisan, nanti memang tak habis makan. Dari membazir kann, so takde pun takpe. Just buka makan nasi berlauk aja.. Alhamdulilah ..
P/S : Plan harini nak masak Sup ayam Berempah.. nantikan hahahaha..
Lambat sikit dia nak masuk perut kan. Asyik terlupa je. hihi..saya pun jarang moreh. Kalau terasa nak makan je baru cari makanan.
ردحذفItulah, bila dah kenyang, lupa semua benda nak makan hahahaha
حذفTahun ni tahun ke 4 SA x makan durian..sblom ni x makan sebab x sampai hati bila mak pah x leh makan..ni mak.pah dh xde SA tetap blom makan sebab masih teringatkan mak pah..tenfok durian sis lin share ni..alaaaa..sedapnyaaa
ردحذفBetul SA, kita akan rindu pada yang dah pergi bila nak makan sesuatu yang arwah suka..
حذفKalau berbuka makan makanan lain memang terlupa laa nak makan durian .. kenyang ..
ردحذفKannn selalu macamtu hahahaha
حذف