NUZUL AL-QURAN. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Muhammad hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Muhammad ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M.
Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Muhammad maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.
ALLAH SWT memilih bulan Ramadan berlakunya peristiwa Nuzul al-Quran (diturunkan al-Quran), yang menunjukkan kelebihan bulan yang mulia dan berkat ini. Firman Allah SWT:
﴿شَهۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِيٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدٗى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَٰتٖ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِۚ…١٨٥﴾“Pada bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan padanya al-Quran, sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)…” (Surah al-Baqarah: 185).
Tanggal 17 Ramadan merupakan hari yang disambut seluruh umat Islam bagi memperingati turunnya kitab suci Al-Quran. Al-Quran ialah kalamullah yang mengandungi mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW sebagai panduan hidup untuk kebahagian dunia dan akhirat.
Membaca Al-Quran merupakan salah satu ibadah yang dituntut agama dan sepanjang Ramadan merupakan bulan terbaik untuk melaksanakan segala amal ibadah kerana jaminan ganjaran pahala dan keberkatan yang berlipat ganda daripada ALLAH SWT.
Lebih daripada itu al-Quran ialah kalam ALLAH yang mengandungi mukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibrail AS, ditulis dalam mashaf, dipindahkan secara mutawatir dan menjadi ibadat dengan membacanya.
Malah al-Quran yang mengandungi 323,671 huruf, 77,437 kalimah, 6,236 ayat, 114 surah yang terkandung dalam 30 juzuk, 60 hizib dan 240 maqra’ adalah mukjizat Nabi SAW yang kekal hingga ke hari ini.
Sungguhpun terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama tentang bilangan ayat al-Quran ia tidaklah ketara kerana yang lebih penting ialah bagaimana umat Islam berinteraksi dengan al-Quran.
Malah jika al-Quran diakui sebagai kitab suci yang sempurna dan ajarannya bersifat menyeluruh oleh sarjana Barat maka seyogianya umat Islam benar-benar mengaplikasikan pedoman al-Quran dalam setiap gerak-geri dan tindakan.
Bukan sahaja daripada aspek yang bersifat khusus seperti perintah untuk solat fardu atau berpuasa di bulan Ramadan serta ibadat fardu yang lain akan tetapi meluas kepada suruhan umum seperti berbuat baik kepada sesama manusia, berlaku ihsan kepada binatang dan menjaga alam sekitar demi untuk kelestarian hidup manusia.
Selamat Menyambut Nuzul Quran 1445 Hijrah.
P/S : Panasnya cuaca aduii sampai mandi ais di buatnya tadi huhuhu ...
Semoga istiqamah membaca Al Quran..
ردحذفAlhamdulilah ...
حذف