RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT. Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi iaitu, dahi, hidung, kedua telapak tangan, lutut dan kedua hujung jari kaki. Sujud adalah konsep merendahkan diri, memuji Allah SWT dan memohon segala macam hajat kepada Allah SWT.
Dalam solat, duduk antara dua sujud merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian. Ia adalah sebahagian dari rukun solat yang tidak boleh ditinggalkan. Amalan ini dilaksanakan selepas sujud pertama dan sebelum sujud kedua dalam setiap rakaat.
Sujud sekaligus, mengikis sifat tercela seperti riak, sombong, ujub, takabur dan lain-lain. Dr Fidelma O'Leary, Phd Neuroscience dari St Edward's University telah peluk Islam selepas mendapati fakta tentang manfaat sujud bagi kesihatan.
Dalam kajiannya, ditemukan bahawa ada beberapa urat saraf dalam otak manusia yang tak dimasuki darah dan urat ini hanya dimasuki darah ketika manusia bersujud (lebih lama setelah solat Subuh). Tapi, urat saraf ini hanya memerlukan darah untuk beberapa saat tertentu saja, iaitu pada waktu solat yang telah ditetapkan (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak). Subhanallah.
Jadi, siapa yang tak solat maka urat ini tak menerima darah sampai otaknya tak berfungsi secara normal. Salah satu indikasinya adalah timbul macam-macam gejala sosial di masyarakat yang tak solat saat ini.
Disebabkan kedudukan otak di atas jantung, maka kata Prof Hembing, jantung hanya mampu menyalurkan 20% darah ke otak manusia, maka dibantu lagi dengan sujud yang lebih lama agar dapat menambah kekuatan aliran darah ke otak.
Hal ini sesuai dengan apa yang disampaikan Rasulullah SAW supaya kita sujud berlama-lama pada rakaat terakhir.
Manfaat sujud berlama-lama ini adalah untuk:
1. Mencegah pening.
2. Terhindar migrain.
3. Menyegarkan otak.
4. Menajamkan akal dan fikiran (lebih sensitif).
5. Melonggarkan sistem pernafasan.
6. Memperbaiki kandung rahim yang turun.
7. Menjaga dan menguatkan kedudukan bayi dalam kandungan.
8. Menghindarkan kandungan songsang dan lain lain.
Dengan memahami dan menghayati bacaan serta maknanya, seorang Muslim dapat meningkatkan kualiti ibadah solatnya, membawa kepada peningkatan spiritual dan kedekatan dengan Allah SWT. Dan apa yang menakjubkan, kalau kita perhatikan, bentuk saraf yang ada dalam otak kita berbentuk seperti orang yang sedang sujud. Masyaallah.
Bacaan Dalam Sujud
Ulama mazhab Syafi‘i telah memasukkan bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud sebagai sunat hai’ah. Sunat hai’ah ialah sunat-sunat solat yang sekiranya ditinggalkan tidak sunat digantikan dengan sujud sahwi. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/147; al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/427).
Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyatakan juga bahawa caranya adalah dengan berkata, “سُبْحَانَ رَبِّيَ العَظِيمِ وَبِحَمدِهِ” sebanyak tiga kali setelah rukuk dengan sempurna, dan begitu juga berkata, “سُبْحَانَ رَبِّي الأَعلَى وَبِحَمْدِه” sebanyak tiga kali setelah sujud dengan sempurna. Demikianlah sekurang-kurangnya bilangan tasbih yang sempurna namun jika bilangannya ditambah lebih daripada tiga kali adalah lebih baik. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/147-154)
Imam al-Nawawi menjelaskan lagi dengan menyebutkan, bacaan tasbih, seluruh zikir-zikir dalam rukuk dan sujud, ucapan “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَرَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ”, dan bertakbir pada selain takbiratul ihram, semua perkara tersebut adalah sunat dan bukannya wajib.
Duduk antara dua sujud merupakan elemen penting dalam solat yang mencerminkan kepatuhan dan kerendahan diri di hadapan Allah SWT. Amalan ini tidak hanya melibatkan gerakan fizikal tetapi juga doa dan zikir yang mendalam, memperkuat hubungan spiritual antara hamba dengan Penciptanya.
Moga bermanfaat buat semua ..
Kredit: LIDMI.
P/S : Craving Mee Goreng Basah air tangan sendiri ...
salam ramadhan ye ciksislin,. hehe
ردحذفSalam ramadan juga buat Wak Lat ..
حذفMenyegarkan otak tu betul sangat2.
ردحذفBetul tu Syazni ... alhamdulilah..
حذف