SALAM 7 RAMADAN, ALHAMDULILAH

Sis Lin
2
SALAM 7 RAMADAN, ALHAMDULILAH. Diam tak diam, dah seminggu kita berpuasa kan. Dalam pening fikir nak masak apa, akhirnya berjaya juga merentasi 6 hari Sahur dan berbuka memasak di dapur. Buat masa ni, Sis takde lagi jejak ke Bazar Ramadan, mungkin awal lagi, tapi tahun lepas pun sama juga, 30 hari berpuasa, sekali pun Sis takde ke bazar. 

Kalau pergi pun, sapa jerr nak makannya. Takat Sis, anak bujang dan Suami, Sis masak aja laa, kalau masak berbuka tu, boleh sekali bawa ke sahur. Pernah dulu asyik ke bazar manjang, sebab masa tu bizi hantar anak sekolah, tapi bila sahur, tambah pening nak masak apa tauu.. last-last Maggi Mee atau Nasi Goreng, sampai naik jemu anak-anak. 

So tahun ni, Sis banyak masa, dan terutamanya 'rajin' hahahah so kita masaklah. Dengan syarat, apa yang Sis masak, jangan banyak songeh.. dah ada depan mata, makan, siapa banyak cakap, haaa sila masak sendiri. Jangan memain emosi Mak-Mak tengah berpuasa ni, sesilap dapur tutup sebulan kalau merajuk hahahaha.. 

Salam 7 Ramadan, Alhamdulilah
Geram betul tengok daun pisang jiran tu hehehe.. 

Tapi biasanya, hujung minggu Sabtu Ahad, memang Sis berbuka luar. Time tu laa nak keluar makan sambil jalan-jalan lihat persiapan raya. Kadang jalan, terjumpa baju raya ke, terus beli. Time tu laa nak beli bekas kuih laa, gelas laa, alas meja laa dan memacam laaa kann ..

Orang kata dah sekali jalan. Kalau Sis dan Suami, hari Ahad memang suka laa merayap keluar dari pagi membawa ke berbuka berjalan. Sana sini kami pusing. Macam semalam, dari pagi sampai ke berbuka kami di Paradigm Mall, sampai Suami kata, 3x kita solat Surau yang sama hahahaha.. 

Letih tu takde, tapi lenguh kaki weii berjalan. Tengok step, fuhhh lebih dari 10 000 langkah semalam, gilerr aarr.. nasib baiklah dalam Mall kan, sejuk rasa, sekarang ni panas sangat cuaca, kalau iman tak kuat, mau berbuka hahahaha.. 

So harini plannya nak masak, Ikan Mayong Sambal Tumis, Sayur Petola Masak Bening, Ayam Kampung Masak Kicap (untuk Suami, dia tak makan ikan mayong) dan nak buat Puding Sago Gula Melaka, inshaallah ..


P/S : Ngantuk betul mata harini.. lagi panas cuaca, lagi tambah mengantuknya... 

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Tahannya seharian bersantaian kat mall

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe Wak, layankan Suami... sampai 3x solat dalam Mall hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!