SALAM JUMAAT 4 RAMADAN 1445H

Sis Lin
6
SALAM JUMAAT 4 RAMADAN 1445H. Jumaat pertama bulan ramadan tahun ini. Sekejap dah masuk puasa ke-4 kan? Alhamdulilah masih di beri peluang untuk bernafas dan berpuasa dalam keadaan sihat walafiat. So far anak bunag dan Suami pun masih sihat juga berpuasa, cuma Suami ada batuk sedikit, pelik tu time tidurlah dia batuk, time sedar, tak pulak batuk datang, kesian tengok tidur terjaga-jaga. 

Sahur tadi bersahur berdua ajer dengan Suami, anak bujang overnight di McD Plaza Angsana settlekan server problem. Kemudian tadi tanya di mana, dia hantar gambar sudah di RHB Bank pulak sambung settlekan server juga, alahaii sian dia, mesti mengantuk. 

Pagi ni agak lemau pulak rasa badan, perut macam sebu.. tengah Tadarus pun rasa tak selesa.. mungkin 'bulan' dah nak muncul agaknya huhuhu.. 

Salam Jumaat 5 Ramadan 1445H

Sempena hari Jumaat ni, Sis nak kongsikan satu pembacaan Sis di facebook Subuh tadi. Moga ianya bermanfaat buat kita semua sebagai peringatan bersama ketika hayat di kandung badan. 

Andai AJAL Dalam TIDUR 

4 Perkara Sebelum Tidur Walau Yang Perlu Kita Buat Sesibuk Mana Pun Dengan Tugas Harian 

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
"Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:

1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah:
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?".

Rasulullah tersenyum dan bersabda:

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al – Ikhlas (3x)
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
"Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad" ( 3x )

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad" ( 3x ) 

3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
"Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih" ( 3x )

4. Dan perbanyaklah "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar" ( 3x )

Senafas Ke Barzakh ..


P/S : Selamat menunaikan solat Jumaat. Korang sudah Kahfi? .. 
Tags

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam Jumaat Sis Lin..semoga yang baik- baik aje ye

    ردحذف
    الردود
    1. Salam Jumaat juga buat SA.. moga lekas sembuh tangannya yaa

      حذف
  2. Salam jumaat , semoga kita perbanyakkan amalan di bulan ramadan

    ردحذف
    الردود
    1. Salam Jumaat juga buat CCL.. moga yang baik-baik aja untuk CCL ...

      حذف
  3. Macam nak raya awal tu.

    Terima kasih atas perkongsiannya, Lin.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!