SALAM JUMAAT 4 RAMADAN 1445H. Jumaat pertama bulan ramadan tahun ini. Sekejap dah masuk puasa ke-4 kan? Alhamdulilah masih di beri peluang untuk bernafas dan berpuasa dalam keadaan sihat walafiat. So far anak bunag dan Suami pun masih sihat juga berpuasa, cuma Suami ada batuk sedikit, pelik tu time tidurlah dia batuk, time sedar, tak pulak batuk datang, kesian tengok tidur terjaga-jaga.
Sahur tadi bersahur berdua ajer dengan Suami, anak bujang overnight di McD Plaza Angsana settlekan server problem. Kemudian tadi tanya di mana, dia hantar gambar sudah di RHB Bank pulak sambung settlekan server juga, alahaii sian dia, mesti mengantuk.
Pagi ni agak lemau pulak rasa badan, perut macam sebu.. tengah Tadarus pun rasa tak selesa.. mungkin 'bulan' dah nak muncul agaknya huhuhu..
Sempena hari Jumaat ni, Sis nak kongsikan satu pembacaan Sis di facebook Subuh tadi. Moga ianya bermanfaat buat kita semua sebagai peringatan bersama ketika hayat di kandung badan.
Andai AJAL Dalam TIDUR
4 Perkara Sebelum Tidur Walau Yang Perlu Kita Buat Sesibuk Mana Pun Dengan Tugas Harian
Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
"Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu:
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".
Bertanya Siti Aisyah:
"Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?".
Rasulullah tersenyum dan bersabda:
1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al – Ikhlas (3x)
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran
"Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad" ( 3x )
2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad" ( 3x )
3. "Beristighfarlah" untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
"Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih" ( 3x )
4. Dan perbanyaklah "bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir" maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah
"Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar" ( 3x )
Senafas Ke Barzakh ..
P/S : Selamat menunaikan solat Jumaat. Korang sudah Kahfi? ..
Salam Jumaat Sis Lin..semoga yang baik- baik aje ye
ReplyDeleteSalam Jumaat juga buat SA.. moga lekas sembuh tangannya yaa
DeleteSalam jumaat , semoga kita perbanyakkan amalan di bulan ramadan
ReplyDeleteSalam Jumaat juga buat CCL.. moga yang baik-baik aja untuk CCL ...
DeleteMacam nak raya awal tu.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsiannya, Lin.
Tu laa Kak, tapi belum muncul huhuhu ..
Delete