SALAM RAMADAN 2024/1145H. SELAMAT BERPUASA!

Sis Lin
4
SALAM RAMADAN  2024/1145H. SELAMAT BERPUASA!. Selamat datang bulan Ramadan! Tinggal beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut bulan ramadan dan akan mula berpuasa selama sebulan. Sekejap masa berlalu. So korang sudah bersiap sediakah? Alhamdulilah, moga kita semua di berikan kesihatan yang baik untuk menjalani ibadah puasa. 

Untuk persiapan dapur Sis, bagi Sis, ramadan atau tidak, semuanya sama bagi Sis, apa yang Sis masak hari-hari tu, itu jugalah yang Sis masak dan makan pada bulan ramadan, so takde beza pun, kecuali kalau anak dan Suami ke bazar, masa tu memang penuhlah meja makan nanti. 

Cuma kelangkapan bahan memasak je laa kena prepare dan siap sedia, sebab awal pagi nak bangun memasak untuk bersahur kan. Kalau hari bukan ramadan, bolehlah santai-santai, tapi time ramadan aja, Sis akan siapkan bahan memasak seperti, lada kering dah siap blend dan asingkan, supaya senang nak guna nanti. Jika tidak, kalau hari biasa, nak masak baru Sis blend. 


Lain-lain persiapan dapur takde, sama jer. Ye laa sama je laa, takde beza. Tang mengemas rumah pun, minggu lepas orang mengemas rumah dah datang, memang dua kali seminggu dia datang mengemas, so kipas, pintu tingkap, bilik, tandas semua dah memang dah siap cuci dan bersih. Takde beza apa.

Bukanlah nanti time puasa tak boleh buat kerja kan, boleh.. kita buatlah pelan-pelan, melampau pulak kalau time puasa nak bantai membuta jerr.. cuma time puasa kena banyakkan berehat dan habiskan masa menambah ibadah. Takut penat sangat nanti mudarat pulak pada kesihatan. 

Lusa bermulalah kelas Tadarus Al-Quran Sis, tak sabar rasanya nak masuk kelas dan mengaji sesama dan berjumpa kengkawan semua. Hampir dua tahun juga tak buat kelas bersemuka, semua online. Moga Allah permudahkan urusan kami semua. Kelas tadarus pagi dari jam 8am hingga 10am. Hari pertama ramadan esok kami cuti. 


Doa Memasuki Bulan Ramadan 

Ramai dalam kalangan Salafussoleh berdoa untuk mendapatkan Ramadan supaya dapat diisi dengan pelbagai amalan yang soleh.  Antara doa yang di baca ;

Allahumma sallimni li ramadhan, wasallim ramadhana li, watasallamhu minni mutaqabbala.
 Maksudnya : Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadan, sejahterakanlah Ramadan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu). Diriwayatkan oleh al Tabarani dalam al Du’a: 913 dan Abu Nu’aim al Asbahani dalam Hilyah al Auliya’: 3/69

 

Semoga bulan suci ini membawa keberkahan dan ketenangan bagi kita semua. Mari kita gunakan waktu ini untuk merenungkan dan meningkatkan hubungan kita dengan Allah SWT. Selamat menjalankan ibadah puasa!. 


P/S : Esok Sahur dah ada permintaan dari anak bujang minta masakkan Ayam Semur hahahaha.. 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!