SALAM TAKZIAH BUAT SEMUA - AL FATIHAH. Dalam bulan ini, banyak kematian yang Sis dengar dari kenalan rapat Sis. Mula dari kepergian ibundanya Suria amanda, kemudian ibundanya Kak Seri, then baru beberapa hari ni khabar berita dari Suaminya Auni Afiqah, juga ayahanda Nelysa Norazlan (yang memang salah seorang influencer Sis follow) juga sahabat instagram, kepergian ayahandanya Safurara..
Mungkin juga ada lagi, cuma Sis terlepas pandang, apa pun Sis ucapkan salam takziah buat seluruh ahli keluarga dan semoga roh yang pergi di cucuri rahmat oleh Allah .. inshaallah ..
Sedih, sebak dan pilu rasa mendengar semua khabar dukacita ini, sebab kita dah pernah rasa macam mana rasanya kehilangan orang-orang yang tercinta. Dan bila mereka sudah tiada, rindu itu sangat menyakitkan yaa... yang faham aja faham.. dan bagi mereka yang pernah lalui semuanya pasti tau sakitnya kehilangan dan rindu itu..
Yaa mati itu pasti, dan setiap ujian kematian yang Allah beri kepada mereka pasti ada hikmah di sebaliknya dan setiap kesakitan pada si mati, Allah matikan kesakitannya dengan kematian, agar arwahnya bersemadi dengan tenang dan aman damai.. itulah hakikat dan kita kena redha.
Kelebihan Mati di Bulan Ramadan
Di antara kelebihan bulan Ramadhan sebagaimana yang disebutkan di dalam kitab-kitab hadith yang sahih adalah seperti yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW :
إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ، وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُMaksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan dibelenggu syaitan-syaitan.” [Riwayat Muslim (1079)]
Syeikh al-Izz bin Abd al-Salam di dalam kitabnya Maqasid al-Saum menyatakan makna hadith ini adalah dibuka pintu syurga adalah disebabkan banyaknya amalan ketaatan dilakukan pada malam ini. Adapun ditutup pintu neraka pula adalah disebabkan kurangnya orang-orang yang melakukan maksiat pada bulan tersebut dan dibelenggu syaitan pula adalah bebasnya manusia daripada gangguan syaitan.
Adapun berkaitan orang yang mati pada bulan Ramadhan akan dimasukkan ke dalam syurga pula, secara asasnya seseorang itu akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah serta amalan kebaikan yang dilakukan ketika di dunia dahulu. Ini dijelaskan di dalam al-Quran:
Firman Allah SWT :
ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ al-Nahl:32Maksudnya: “Masuklah kamu ke dalam Syurga disebabkan amal kebaikan yang telah kamu kerjakan.”
Syeikh al-Sya’rawi ketika menafsirkan ayat ini mengatakan, ayat ini menjelaskan bahawa Allah SWT akan memberikan syurga sebagai balasan kepada setiap hamba-Nya yang telah melakukan amal soleh ketika di dunia dahulu serta disebabkan hamba tersebut telah mengikut manhaj atau jalan yang benar. [Lihat: Tafsir al-Sya’rawi, 7897/13]
Untuk itu, masuknya seseorang itu ke dalam syurga dengan amalan yang dilakukan. Bulan Ramadhan merupakan musim beramal. Semoga kematiannya dalam bulan Ramadhan menjadi suatu kelebihan buatnya oleh Allah SWT kerana keadaannya yang sedang beramal. Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
وَمَنْ صَامَ يَوْمًا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللهِ خُتِمَ لَهُ بِهَا دَخَلَ الْجَنَّةَ“Dan sesiapa yang berpuasa sehari kerana mencari keredhaan Allah, yang ia mengakhiri hidupnya dengan amal tersebut, ia masuk syurga.” [Riwayat Ahmad (23324)]
Ini menunjukkan bahawa orang yang mati pada bulan Ramadhan itu, tetap dimasukkan ke dalam syurga bergantung kepada amalannya.
Tambahan pula, jika seseorang itu ditakdirkan oleh Allah SWT bahawa ajalnya pada bulan Ramadhan atau pada waktu-waktu mulia yang lain seperti hari Jumaat, atau pada tempat-tempat mulia yang lain seperti di Tanah Haram, maka ia boleh dikategorikan sebagai salah satu tanda husn al-khatimah (pengakhiran hidup yang baik).
Selain itu, tugas kita sebagai seorang hamba adalah dengan sentiasa memperbanyakkan amalan soleh serta sentiasa beristiqamah mempersiapkan diri untuk bertemu Allah SWT pada bila-bila masa sahaja. Sifat Rahmat dan keampunan Allah SWT amat luas dan ia tidak terhad pada tempat atau waktu-waktu tertentu.
Kesimpulannya, kita tidak mempunyai kuasa untuk menentukan tempat atau waktu kematian kerana ia merupakan hak Allah SWT. Kita hanya dituntut untuk sentiasa bersedia dengan memperbanyakkan amalan soleh di dunia ini supaya dengan amalan tersebut akan membawa kita ke dalam syurga Allah SWT. Semoga Allah SWT mengurniakan kita pengakhiran hidup yang baik. Amin.
Kredit : muftiwp.gov.my
P/S : Al-Fatihah juga buat diri sendiri ini ... moga terus kuat menghadapi ujian dan dugaan dari Allah ..
Salam takziah kepada yang disebutkan
ردحذفTk perkongsiannya
Aaamiinn...
حذفSalam takziah kepada yang disebutkan
ردحذفTk perkongsiannya
Moga bermanfaat buat semua ya Wakk
حذفinnalillahi wainnalillahi warojiun., aminn
ردحذفAamiinn ...
حذفTiadalah daya upaya kita menahan jika sudah tiba masanya.
ردحذفBenar Kak.. tapi rindu itu sangat menyakitkan walau bertahun perginya yang kita tahu takkan kembali..
حذف