SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2024. Harini 8 March adalah hari wanita sedunia. Makanya siapa yang di lahirkan sebagai seorang wanita/perempuan memang di raikan harini. Itu yang lelaki jeles tu, sebab so far takde lagi hari lelaki sedunia kan? Hehehehe ..
Istimewanya wanita kan. Berbanggalah kerana dilahirkan sebagai wanita. Islam begitu memuliakan wanita dengan mengangkat darjatmu melalui kalam Allah dan lisan Rasul-Nya. Kerana dirimu begitu berharga.
Untuk menghargai diri Sis sebagai wanita, memang tiap tahun Sis akan belikan sesuatu untuk diri sendiri. Dan untuk harini, akan ada juga Sis nak beli, apa dia? tungguu..
Lagipun harini ada makan Lunch dengan media, lepas dah settle aja semua nanti, barulah Sis nak dating dengan ‘diri sendiri’ .. perlu ke? Ehhh bagi Sis perlu, kerana diri wanita ini lah yang membuatkan Sis kuat dan tabah mengharungi kehidupan..
Tak payah tunggu orang nak hargai, cukup diri kita sendiri menghargai diri kita. So buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, kerana diri mu begitu berharga wahai WANITA ..
P/S : Tak sabarnya nak jumpa Cucu esok 🤍 ..
Selamat hari wanita buat Sis Lin dan semua wanita- wanita di seluruh dunia
ReplyDeleteSelamat Hari Wanita juga buat SA ...
Delete