SETELAH SEMINGGU (7 HARI) KITA BERPUASA

Sis Lin
2
SETELAH SEMINGGU (7 HARI) KITA BERPUASA. Berpuasa sebenarnya memberi banyak manfaat dari sudut kesihatan antaranya bertujuan merehat dan memulihkan sistem pencernaan. Malah, penjagaan sistem pencernaan juga sangat penting bagi mengukuhkan sistem imun badan dan mengelak masalah penghadaman, khususnya ketika berpuasa.

Pedih hulu hati, najis berdarah, sakit perut yang teruk, sembelit dan cirit-birit antara kerap berlaku disebabkan tidak mengamalkan gaya hidup sihat sehingga boleh mengganggu kelancaran berpuasa sepanjang Ramadan.

Berlaku beberapa perubahan dalam tubuh ketika berpuasa yang dikenali sebagai proses homeostasis. Ini kerana ketika berpuasa, individu mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas tubuh bertujuan menentukan masa mula dan berakhirnya puasa.

Setelah Seminggu (7 Hari) Kita Berpuasa

Aras insulin turun :

Setiap kali makan, insulin bertindak balas terhadap tenaga yang diambil dan memberi isyarat kepada tisu tubuh yang memerlukan tenaga segera. Sebahagian daripada tenaga pula disimpan dalam bentuk glikogen dalam hati. Tenaga turut disimpan dalam bentuk lemak untuk kegunaan ketika kecemasan.

Apabila kita makan, sebahagian tenaga digunakan secara terus manakala yang lain disimpan untuk kegunaan pada masa yang sesuai. Semuanya bergantung kepada aturan hormon penting dalam tubuh iaitu insulin.

Semua tindak balas ini berlaku serentak, oleh itu lebih tinggi rangsangan terhadap insulin, lebih banyak tenaga boleh disimpan. Apabila berpuasa kita membenarkan tubuh menggunakan semula tenaga simpanan yang berlebihan. Justeru keseimbangan akan tercapai.

Perubahan tubuh ketika berpuasa.

  • Pada hari pertama dan kedua :

Aras insulin beransur menurun merangsang penggunaan tenaga dalam bentuk glikogen.

Selepas dua hari berpuasa, aras insulin tadi membuatkan tubuh beralih untuk menghasilkan tenaga secara alternatif melalui proses glukoneogenesis (penghasilan tenaga daripada protein) dan glikolisis (pemecahan lemak bertujuan menghasilkan tenaga).

Usah bimbang dengan mitos menggambarkan penggunaan protein untuk menghasilkan tenaga ini bakal memberi kesan kepada otot tubuh. Ini kerana terdapat pelbagai sumber protein lain digunakan sebelum tubuh menggunakan protein daripada otot.

Tambahan pula tenaga diperlukan untuk mengekalkan metabolisme tubuh normal daripada metabolisme lemak dalam tubuh mencukupi.

  • Lima hari pertama (setiap hari) :

Berat badan menurun 0.5 sehingga satu kilogram hasil kehilangan air. Penurunan insulin memberikan kesan kepada air dan garam tubuh.

Air serta garam berlebihan akan dibuang kerana penurunan insulin akan menyebabkan diuresis. Oleh itu, biasanya berpuasa memberi kesan penurunan tekanan darah.

  • Lima hingga tujuh hari:

Peningkatan aras Hormon Pertumbuhan (GH)

Selepas berpuasa selama lima hingga tujuh hari, peningkatan GH menjangkau dua kali ganda berbanding hari biasa yang membuatkan proses pemecahan lemak sebagai sumber tenaga tubuh menjadi lebih berkesan.

Selain itu, GH memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan otot dan tulang sepanjang berpuasa tidak terganggu kerana berpuasa.

Setelah Seminggu (7 Hari) Kita Berpuasa

Metabolisme tubuh

Anggapan berpuasa menurunkan metabolisme tubuh tetapi hakikatnya cara berpuasa yang betul tidak akan menurunkan kadar berkenaan. Bangun awal pagi untuk bersahur dengan pengambilan makanan seimbang adalah permulaan yang baik untuk berpuasa bagi merangsang peningkatan metabolisme pada hari berkenaan.

Selain itu, peningkatan hormon GH membantu memastikan metabolisme kekal pada tahap optimum. Perubahan ketara apabila berpuasa adalah peningkatan hormon noradrenalin, suatu bahasa tubuh untuk merangsang individu mencari makanan.

Selari peningkatan hormon ini, kadar metabolisme tubuh turut meningkat. Jangan bimbang mengenai penurunan metabolisme ketika berpuasa. Tanpa disedari kadar metabolisme anda sebenarnya lebih aktif ketika itu.

Amalan berpuasa memberi pelbagai faedah kepada tubuh dengan mengalihkan proses pengambilan tenaga kepada pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme serta memberi perlindungan kepada otot dan tulang.

Setelah Seminggu (7 Hari) Kita Berpuasa

Bagaimanapun, keseimbangan dan faedah ini sukar diperoleh sekiranya anda tidak berjaya mengawal nafsu makan ketika dan selepas berbuka. Bagi yang mengharapkan kesan baik sepanjang Ramadan ini, amalkan diet makanan sihat, Ramadan bukan tiket makan berlebihan ketika berbuka!

Setelah seminggu berpuasa ini, barulah kita sedar sebenarnya :

1. Kita boleh je bangun setengah jam awal sebelum subuh
2. Kita boleh je jaga diri tak cakap benda tak elok
3. Kita boleh je sembahyang sunat selepas isyak
4. Kita boleh je latih diri berpuasa sehari dalam sebulan

Sebenarnya kita boleh, tapi ... duniawi yang kita utamakan, astaghfiruallah ... 
Jom kita #tamakpahala sama-sama rebut peluang, bukan sahaja ramadan, malah hari-hari seterusnya.. 

Moga bermanfaat buat semua.
Kredit : BH Online


P/S : Moga Allah tidak membolak-balikkan hati dan iman kita semua, inshaallah, aamiinn ...

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. SA sejak berpuasa rasa badan tu sihat je...xde rasa lemah, penat cumanya tekak jer kering...bila berbuka x makan banyak pun lebih kepada minum air aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah, sama dengan Sis juga SA, rasa bersemangat, buka puasa pun, makan macam biasa aja..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!