SPX EXPRESS MENGOPTIMUMKAN RANGKAIAN LOGISTIK MEMPERCEPATKAN PENGHANTARAN E-DAGANG KEPADA 30%

Sis Lin
2
SPX EXPRESS MENGOPTIMUMKAN RANGKAIAN LOGISTIK MEMPERCEPATKAN PENGHANTARAN E-DAGANG KEPADA 30%. Pusat Pengagihan Bukit Raja Baharu Pacu Kecekapan, Mempertingkatkan Pengalaman Pengguna. SPX Express (SPX), rakan logistik dipercayai Shopee meraikan kenaikan prestasi kecekapan e-dagang seluruh negara dengan pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja baharu di Klang, Selangor. 

Sejak Januari 2024, SPX telah mencapai penambahbaikan 30% dalam waktu penghantaran terhadap bungkusan yang dihantar dari kawasan Lembah Klang ke luar Lembah Klang. SPX berterusan menambah baik keseluruhan rangkaian logistik di seluruh Malaysia; 50% pelanggan kini boleh menerima pesanan mereka dalam masa tidak lebih tiga hari.

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

Pada 2024, SPX berazam untuk berterusan meningkatkan kapasiti dan kawasan penghantaran, menambahbaik pengalaman menyeluruh pengguna, dan mengurangkan kos untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik buat rakyat Malaysia. 

Rangkaian meluas SPX yang merangkumi lebih 140 hab dan gudang dan lebih 1,200 pusat perkhidmatan yang menyokong penghantaran barangan dari penjual (seller drop-offs) dan kutipan barangan oleh pembeli (buyer self-collection) dari seluruh Malaysia meletakkan SPX sebagai peneraju logistik e-dagang efisien. 

SPX merancang untuk mengembangkan pusat yang menawarkan khidmat kutipan barangan oleh pembeli kepada 700 dalam masa enam bulan, membolehkan pembeli dalam talian untuk mengambil pesanan mereka di lokasi yang bersesuaian dengan rutin harian mereka.

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

Pusat Pengagihan Bukit Raja menunjukkan perkembangan penting dalam kebolehan perkhidmatan SPX Express dalam sektor e-dagang. Pelaburan strategik ini membolehkan kami untuk meningkatkan tawaran nilai buat vendor e-dagang, terutamanya mereka yang beroperasi di luar kawasan Lembah Klang. Dengan sistem gudang dan pengurusan pengagihan terbaik, kami telah menyaksikan penambahbaikan berkali ganda dalam efisiensi pengendalian. 

Melihat ke depan, mereka komited untuk melakukan penambahbaikan berterusan dan merancang untuk mengintegrasikan teknologi canggih di pusat-pusat operasi mereka sepanjang tahun, supaya mereka boleh mencapai kapasiti operasi 1.5 juta bungkusan pada akhir tahun. 

Tahun ini, kerjasama rapat SPX dengan Fulfilled by Shopee akan meningkatkan pengalaman penghantaran e-dagang untuk memberi khidmat lebih baik kepada pengguna. Gudang Pemenuhan (Fulfilment) Bukit Raja secara strategik menyimpan purata 3 juta stok produk sedia ada dari anggaran ~5.5 juta jumlah kapasiti stok. 

Ini bermaksud pilihan meluas buat pengguna dan pemprosesan lebih pantas, dengan target 95% pesanan e-dagang dihantar pada hari sama buat pesanan yang dilakukan sebelum jam 2 petang. 

SPX Express Mengoptimumkan Rangkaian Logistik, Mempercepatkan Penghantaran E-Dagang kepada 30%

Tambahan lagi, dengan meningkatkan keselamatan penyimpanan fasiliti dan mempercepatkan penghantaran melalui khidmat ‘consignment’ telah meningkatkan kepuasan pelanggan dan kesetiaan jenama buat perniagaan. 

Rangkaian logistik teguh SPX membawakan perkhidmatan sama rata buat perniagaan-perniagaan di Malaysia. Penjual kecil-kecilan, jenama bebas, dan pelanggan seluruh negara boleh menikmati penghantaran boleh dipercayai, mampu milik, dan efisien, hasil teknologi dalaman SPX dan pasukan kurier dan pengagih (sorter) berdedikasi. Ini memperkasakan usahawan untuk mencapai perkembangan mampan, dipacu oleh purata waktu penghantaran yang lebih pantas buat pesanan e-dagang mereka.

SPX menyokong keterangkuman di tempat kerja sejak 2021. Dengan melancarkan program inovatif, SPX memperkasakan pasukan mereka - dari pekerja fasiliti ke penyelia pasukan - untuk mencapai keseimbangan kerja dan kehidupan, dan memupuk semangat kuat berkomuniti. 

Pembukaan Pusat Pengagihan Bukit Raja telah menjana 400 pekerjaan sepenuh masa dan separuh masa baharu buat individu di negeri Selangor. Pelaburan ketara ini mencipta peluang buat rakyat Malaysia untuk meningkatkan taraf hidup dan memberi kembali kepada komuniti tempatan.


P/S : Bila ek last postage barang dapat sebelum raya? .. ngisau barang aku sangkut hahahaha

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Patutlah sekarang dah laju. Cuma saya sebagai seller, nak drop-off agak jauh SPX ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn.. kalau jauh macam tak berbaloi pulakk yaa nak pergi hantar...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!