TEMA BAJU RAYA TAHUN 2024 - BRICK ORANGE!

Sis Lin
12
TEMA BAJU RAYA TAHUN 2024 - BRICK ORANGE!. Korang mesti perasan kan, sana sini kebanyakkannya ramai menjual baju raya warna Brick Orange ni. Sampaikan butik online selalu Sis beli pun jual pelbagai pilihan design warna brick orange ni..

Tapi nasib baik jugalah Suami dan anak bujang tak berapa berkenan dengan warna tu, terlalu terang dan tak sesuai untuk yang berkulit sawo matang, kang bertambah gerhana aja dalam gambar hahahaha..

Kalau nak pakai okkay jer sebenarnya .. dah pakai lawa ajer kann .. 

Tema Baju Raya Tahun 2024 - Brick Orange!

Ada juga warna lain yang banyak di jual tapi setakat yang Sis nampak, memang rata-rata ramai memilih brick orange ni. Sis ada sehelai jubah lace warna brick orange yang Sis beli di TikTok, belum pakai lagi, buat raya aja laa . 

Memamg saje beli warna tu buat pakai tukar-tukar beraya nanti. Maklumlah banyak Geng, kang semua Geng ajak beraya, takkan nak pakai baju sama, tak cantik pulak bergambar nanti baju semua sama kan. 

Tema Baju Raya Tahun 2024 - Brick Orange!

So far takat ni, Sis, Suami dan anak bujang dah ada baju tema untuk di pakai hari raya pertama nanti, so dah takyah fikir dah, tinggal nak cari dua ke tiga pasang untuk pakai basahan pergi beraya jer. Orang lelaki senang, T-Shirt atau Kurta jer kann, kita pompuan ni ermmm memacammm.. 

Nak cari baju untuk pakai bergambar di studio sekeluarga aja ni, tengah dikir warna apa nak pakai. 

Ada juga tu dua tiga pasang yang Sis dah berkenan dalam satu butik online tu, nanti minggu depan ni nak beli terus sebelum size takde. Size takde satu hal, nanti design tinggal yang tak cantikk kalau lambat beli. 

Tema Baju Raya Tahun 2024 - Brick Orange!

Tapi dalam banyak-banyak design plain, Sis tahun ni rasa macam nak pakai design bunga-bunga pulak laa, macam gambar atas ni, cantikkannnn, tak terlalu garang warna orangenya. Potongan design Dang Anum namanya .

Ishhh lawa laaa.. pakai tudung brick orange lembut gitu plain, memang ngan! Tudung krim pun boleh, hijau pun boleh, kann kannn, asyik plain jerr bosan gakkk.. 

Banyak pilihan, korang boleh tengok kat @applecoulture . Kalau berkenan cepat grab sebelum habis size & stock. Sis dah beli dua pasang sebelum ni, ni nak beli lagi dua hehehehe .. 


P/S : Korang tema raya warna apa? .. 

إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Kann Wak, meriah dah sana sini menjual baju raya ...

      حذف
  2. aritu pi shopping mmg byk tgk color ni...cantik juga

    ردحذف
  3. ye tahun ni top choice color brick orange hehe

    ردحذف
  4. الردود
    1. Kan CCL, sesekali kita tukar baju bunga-bunga pulak ..

      حذف
  5. Tema tahun ni, masih belum pilih lagi. sebabnya cik abg beraya pakai loreng (terlibat operasi) hihi.. Tapi, family di kampung ada yang pilih brick orange dan mint green.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!