UMRAH ADALAH IBADAH, BUKAN PELANCONGAN “KEROHANIAN”. Semalam sana sini viral kes ushawan dan juga influencer produk kecantikan yang upload video ketika bergelut untuk mencari ruang untuk staffnya mengucup hajar aswad hinggakan ramai yang komen negetif mengenainya. Ada yang nampak keadaan kegigihannya dia bergelut, staff wanitanya berhimpit nampak lemas dan tak terdaya, tapi influencer itu terus memberi semangat untuk bergelut ke depan mencuba nasib, dan akhirnya semua staffnya berjaya mencium hajar aswad.
Sis tak nak komen apa-apa mengenai itu, sebab itu datangnya dari 'niat' influencer itu. Apa yang Sis boleh katakan dan melihat dalam video itu sebagai wanita, adalah satu pergelutan menampakkan begitu rapatnya aurat kita dengan lelaki asing yang bukan mahram. Berhimpit dan bersesak begitu hingga lupa adab dan aurat kita sebagai wanita, walau berlapik sekalipun, tetap merapat.
Tak tau laa, itu pandangan mata Sis melihat video itu. Rezeki mereka dapat mencium hajar aswad. Masa Sis pergi Umrah dulu dalam keadaan SOP, jangankan nak mencium hajar aswad, nak mendekat dan memegang Kaabah pun tak dapat, sebab ada kawalan ketat dan penghadang depannya. Takpelah, bukan rezeki Sis masa tu, mungkin Allah nak beri yang lebih baik dari yang sebelumnya.
Umrah Adalah Ibadah, Bukan Pelancongan 'Kerohanian'
Secebis teguran dan peringatan bersama dari facebook Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri
1. Tawaf adalah satu ibadah, sebagaimana mencium hajar aswad juga adalah ibadah. Beza keduanya adalah, tawaf itu wajib dan mencium hajar aswad adalah sunat. Bahkan di sisi ulama Syafi’iyyah, hukum asal bagi wanita adalah tidak disunatkan bagi mereka mencium hajar aswad kecuali keadaan di mataf agak lengang.
2. Jika sampai menyebabkan masalah, kesakitan kepada diri sendiri dan orang lain, atau membahayakan, hukum mencium hajar aswad adalah haram. Cukup sekadar berisyarat dengan lambaian tangan dan mencium tangan, sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikhul Islam Zakariyya al-Ansari.
3. Agak janggal bila ibadah yang suci dan mulia itu dirosakkan dengan telefon pintar yang diangkat untuk merakam video dan gambar, bukan pada masanya. Saya juga lihat perkembangan mutakhir ini, ramai memuat naik video sedang menyentuh Kaabah atau hajar aswad di media sosial. Jika ia hanya sekadar “trend” untuk meraih tontonan ramai, tinggalkanlah “trend” yang merugikan itu.
Sewajarnya di hadapan Baitullah, kita fikirkan dosa kita, keampunan daripada Allah, termasuk doa-doa kepada-Nya. Dengan itu sahaja pun kita sudah cukup sibuk tanpa sempat memikirkan peluang untuk mencipta content!
قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. [Surah al-An’am: 162]
P/S : Sis takut nengok videonya, serius takuttt... Allahuakbar ..
Hilang kata² tengok video tu, Lin.
ردحذفYee Kak, Lin macam ketakutan anxiety tengokkk, gigil satu badann..
حذف