16 APRIL, SELAMAT HARI LAHIR ANAK BONGSU MAK

Sis Lin
6
16 APRIL, SELAMAT HARI LAHIR ANAK BONGSU MAK yang ke 24 tahun. Bujang ni lah satu-satunya anak lelaki Sis dan Suami. Now dah besar dah dia. Anak yang di jaga sejak dalam perut hingga melahirkan dan membesarkan yang paling tidak banyak karenah dan ragam. Paling senang menjaganya dan mudah di bawa kemana sahaja. 

Masa kecil kalau di bawa balik kampung atau tidur mana-mana sekalipun, dia tak banyak ragam, senang sangat dan mudah menjaganya. Tak sama macam Kakak-Kakaknya, bermacam ragam dan peangai kalau bawa balik kampung, sampai ada ketikanya ngamuk juga Ayahnya. Jenis tak kerasan tidur di rumah orang termasuk ayahnya juga (ikut Ayah laa kan). 

16 APRIL, Selamat Hari Lahir Anak Bongsu Mak
Rasa macam baru semalam Mak dukung Amat baby ..

Baik Suami dan anak perempuan Sis, memang susah nak tidur di rumah orang kecuali kalau menginap di hotel, tu pun susah nak lelap. Tak tau memang anak banak tu begitu, kalau balik KL, kadang memang kami sewa hotel aja, sebab Suami tak biasa tidur di rumah orang, kadang-kadang aja. 

Tapi tu laa, anak bujang sorang ni senang, bawa jer kemana, kasi bantal, tidur, istimewanya bujang sorang ni jarang menangis, yaa susah nak dengar dia menangis hehehehe.. 

16 APRIL, Selamat Hari Lahir Anak Bongsu Mak
Surprise dari teman wanita Amat, sweet sangat ekkk

Selamat Hari Lahir anak, Mak sentiasa doakan yang baik-baik aja buat Amat dan Mak harap Amat kuat untuk menghadapi segala cabaran hidup di masa akan datang, sebab Amat anak lelaki, so tanggungjawab tu agak berat sedikit. Inshaallah Mak tau Amat pasti boleh dan berusaha untuk kehidupan yang lebih baik di masa akan datang. 

Jaga solat dan jaga akhlak.. moga jodoh Amat juga Allah pelihara hingga tiba masanya nanti.. sedihnya Mak bila Amat kahwin nanti huhuhuhu.. Mak sayang Amat dunia akhirat .. 


P/S : Cepatnya masa berlalu.... 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Happy birthday Amat! Pejam celik, dah besar panjang dah nak kawen pun Amat kan Sislin. Semoga Amat panjang umur dan murah rezeki 🌸

    ردحذف
  2. Selamat Hari Lahir untuk anak bongsu SisLin. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan kecukupan serta diberikan kesihatan yang baik. Aamiin...

    ردحذف
  3. Happy Belated Birthday Amat. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik dan cepat-cepat kawin.

    ردحذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!