BELI KUIH DAN KEREPEK RAYA DI SALLEH FOOD, SENGGARANG

Sis Lin
4
BELI KUIH DAN KEREPEK RAYA DI SALLEH FOOD, SENGGARANG Kampung Parit Kemang. Tiba-tiba Geng Nenek ajak join pergi membeli kuih raya dan kerepek di sini. Ikutkan Sis malas juga nak join sebab semua persiapan tu Sis dah siap. 

Tapi kebetulan time tu Sis pun free so Sis join aja lah mereka pergi menyoping kuih dan kerepek rayanya. Naik satu kereta, Kak Mas driver, Ina dan juga Kak Zizi. Kak Mas kata nak singgah kampungnya sekali, sebab dah dekat, kita follow aja laa.. 

Beli Kuih Dan Kerepek Raya di Salleh Food, Senggarang
Nak ke sini, waze aja

Beli Kuih Dan Kerepek Raya di Salleh Food, Senggarang
Sorang lagi takde, Nas .. miss you sahabat.. 

Dengan cuaca panasnya, memasing dalam kereta mula menguap yaa, nasib juga jalan tak jem, so perjalanan tu lancar, kalau jem pun di Bandar Dato Onn tu je menuju ke tol Skudai, memamg pelik hari-hari jem di situ. 

Sis pertama kali ke Salleh Food ni, Kak Mas kata ini perniagaan IKS penduduk situ. Harga pun okkay sangat, banyak pilihan dan tidaklah terlalu ramai orang macam di Kilang Kerepek Parit Lapis Laman tu .

Beli Kuih Dan Kerepek Raya di Salleh Food, Senggarang
Suasana di Salleh Food

Sis hanya tukang tolak troli Kak Zizi aja hahahaha.. belek-belek juga kuih-kuih di situ tapi memikirkan semua dah ada. So malas nak menambah lerr, hanya beli kerepek kentang aja sebungkus untuk Suami makan kudap-kudap.. 

Settle semua memborong, terus gerak ke Kampung Kak Mas untuk berehat dan solat jamak sekali. Sebab lepas tu mereka nak juga singgah kilang kerepek Parit Lapis Laman tu. Sis follow aja laa, lagipun dah dekat sejalan. 

Beli Kuih Dan Kerepek Raya di Salleh Food, Senggarang
Cantik betul kampung Kak Mas

Beli Kuih Dan Kerepek Raya di Salleh Food, Senggarang
Ramai betul orang memborong

Ramai betul orang di kilang kerepek tu, terkejut kami. Beza betul masa Sis pergi sebelum puasa dengan Geng Sekolah Sis. Kali ni sesak, nak jalan pun kena selit-selit.. 

Tapi sini tempatnya luas dan besar, dan lebih banyakkk pilihan berbanding Salleh Food tadi. Cuma kena tahan laaa berpanas dalam tu dan beratur membayarnya. Apa-apa pun, rezeki dan pilihan memasing la kannn .. alhamdulilah .. 


P/S : Korang dah settle ke membeli kuih raya? Atau buat sendiri? 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Meriah tu orang memborong kuih raya. Senang je tunjuk2 kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa senang semua tunjuk-tunjuk aja hahahaa

      Delete
  2. Sesak jugak dengan orang ramai yang memborong tue . Laku keras yerr kerepek² kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann, last minit singgah haritu memang ramai.. nasib dah beli awal sebelum ramadan...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!