BERBUKA PUASA DI SDS CAFE & BAKERY

Sis Lin
4
BERBUKA PUASA DI SDS CAFE & BAKERY Taman Johor Jaya. Hujung minggu lepas macam biasa, Sis dan Suami akan habiskan masa kami keluar merayap sana sini survey persiapan raya. Cuma pagi tu Suami ada kerja, so kami keluar lewat tengahari selepas Zuhur.

Dari Bandar Dato Onn pusing sana sini, keluar masuk kedai, beli itu beli ini, dah hampir jam 5pm Suami tanya nak makan mana, Sis jawab aja ‘Jom SDS’! Sebab selepas tu kami nk ke AEON Tebrau.

Berbuka Puasa di SDS Cafe & Bakery

Lama juga tak ke SDS sini, biasa kalau pergi SDS di Paradigm tu. Menunya tetap sama, banyak pilihan dan sedap-sedap semua. Memang jadi pilihan Sis dan Geng Bas Sekolah tiap kali keluar.. 

Dan sempena ramadan ni, SDS Cafe & Bakery ada mengeluarkan set hidangan ramadan mereka ‘Cun-Lah Set Raya’. Ada dalam 5 set pilihan, tapi Sis tak amik gambar lerr, maleh .. bukan pergi review oiii hahahahaha .. 

Berbuka Puasa di SDS Cafe & Bakery

Suami amik set kambing. Mula nak amik set ayam percik tapi set kambing tu nampak menarik kata Suami hahahahaha. Sis pulak taknak makan nasi, so Sis order spageti salmon (lupa laa namanya apa). 

Menu Sis tu agak pedas dan creamy tapi sedap gilerr arrr!! Pestime order menu tu, licin sepinggan Sis makan. Suap ke mulut Suami pun dia kata sedap! Next time boleh makan lagi. 

Berbuka Puasa di SDS Cafe & Bakery

Macam biasa kalau ke SDS ni Sis mesti order menu Tauhu Bakar dia, ishhh sedap betullah, kalau mereka hantar mesti panas-panas tauuu.. lebih berbaloi beli dan makan di sini dari beli di bazar ramadan tu haaa ..

Sepinggan ada 4 ketul, Sis makan 3 Suami makan 1 hahahahaha .. Suami kata, ‘Ehh tau-tau hilang dalan pinggan’, maafkan Dinda yaa Kanda kekekekeke … 


P/S : Lately ni malas betul nak update blog.. mood raya sudah mari!!! 

Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cepatnya mood raya Sis Lin...SA apa mood pun x sampai lagi ni...nampak sedap tauhu bakar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaa SA, bila semuanya dah settle, lapang kepala, takyah fikir dah .. tunggu nak masak aja ..

      Delete
  2. Cie pernah kerja part time kat SDS ni kat Masai. Sebelum sambung diploma dulu. Masa tu Cie baru lepas buat sijil kena gap 6 bulan baru sambung dip tu yang kerja dulu. Makanan situ semua best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ker, dekar dengan Sis tu.. tapi SDS kat Masai takde Cafe.. dia hanya bakery aja..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!