BERBUKA PUASA DI SDS CAFE & BAKERY Taman Johor Jaya. Hujung minggu lepas macam biasa, Sis dan Suami akan habiskan masa kami keluar merayap sana sini survey persiapan raya. Cuma pagi tu Suami ada kerja, so kami keluar lewat tengahari selepas Zuhur.
Dari Bandar Dato Onn pusing sana sini, keluar masuk kedai, beli itu beli ini, dah hampir jam 5pm Suami tanya nak makan mana, Sis jawab aja ‘Jom SDS’! Sebab selepas tu kami nk ke AEON Tebrau.
Lama juga tak ke SDS sini, biasa kalau pergi SDS di Paradigm tu. Menunya tetap sama, banyak pilihan dan sedap-sedap semua. Memang jadi pilihan Sis dan Geng Bas Sekolah tiap kali keluar..
Dan sempena ramadan ni, SDS Cafe & Bakery ada mengeluarkan set hidangan ramadan mereka ‘Cun-Lah Set Raya’. Ada dalam 5 set pilihan, tapi Sis tak amik gambar lerr, maleh .. bukan pergi review oiii hahahahaha ..
Suami amik set kambing. Mula nak amik set ayam percik tapi set kambing tu nampak menarik kata Suami hahahahaha. Sis pulak taknak makan nasi, so Sis order spageti salmon (lupa laa namanya apa).
Menu Sis tu agak pedas dan creamy tapi sedap gilerr arrr!! Pestime order menu tu, licin sepinggan Sis makan. Suap ke mulut Suami pun dia kata sedap! Next time boleh makan lagi.
Sepinggan ada 4 ketul, Sis makan 3 Suami makan 1 hahahahaha .. Suami kata, ‘Ehh tau-tau hilang dalan pinggan’, maafkan Dinda yaa Kanda kekekekeke …
P/S : Lately ni malas betul nak update blog.. mood raya sudah mari!!!
Cepatnya mood raya Sis Lin...SA apa mood pun x sampai lagi ni...nampak sedap tauhu bakar tu
ردحذفIyaa SA, bila semuanya dah settle, lapang kepala, takyah fikir dah .. tunggu nak masak aja ..
حذفCie pernah kerja part time kat SDS ni kat Masai. Sebelum sambung diploma dulu. Masa tu Cie baru lepas buat sijil kena gap 6 bulan baru sambung dip tu yang kerja dulu. Makanan situ semua best.
ردحذفOo ye ker, dekar dengan Sis tu.. tapi SDS kat Masai takde Cafe.. dia hanya bakery aja..
حذف