GAMBAR KENANGAN RAYA 2024 #TEAMRAYAJOHOR. Seperti juga tahun-tahun lepas, Sis memang dah booking awal untuk photoshoot raya keluarga di The Empire Studio ni. Bertahun-tahun amik servis mereka memang puashati. Dari layanan servis tempahan, hingga membawa ke studio, crew mereka memang memberi kerjasama dalam setiap aksi posing bergambar. Yang kaku pun boleh pandai beraksi.
Cuma Sis dan anak-anak agak terkejut juga dengan aksi Suami Sis pada haritu, agak agresif dan sporting, hinggakan dia sendiri yang amik tanjak dan tukar sampin studio untuk di gayakan. Mulanya Sis bawa pelikat ala sampin, tapi Suami kata tak kena, so dia pakai sampin studio yang mana memang di sediakan.
So kalau korang datang nak bergambar di The Empire Studio ni, songkok, tanjak dan juga sampin ada di sediakan.
Gambar Raya Keluarga di Studio A |
Gambar Keluarga Raya di Studio B |
Kenapa perlu bergambar studio? Bagi Sis, ikutlah pendapat masing-masing, tapi di sebalik gambar keluarga kami sebelum-sebelum ini, banyak meninggalkan kenangan selepas kami bergambar hinggakan gambar yang di ambil menjadi satu kenangan yang memberi makna kepada keluarga Sis dan juga adik Sis.
Pernah Sis pergi bergambar ketika arwah Emak ada, dan itulah gambar kenangan terakhir yang kami ada bersama Emak. Begitu juga dengan adik Sis, ketika bergambar di studio Suaminya masih ada, dan itulah gambar terakhir adik Sis sekeluarga yang menjadi kenangan selepas kematian Suaminya. Di framekan gambarnya dan di letak di dinding rumah sebagai kenangan.. sedih sangat ..
Sebab itu bila ada peluang bergambar, lagi-lagi time raya ni, sebab semua ahli keluarga ada, so memang Sis tak lepaskan peluang. Yaaa faham, bergambar di rumah pun boleh, tapi bila bergambar di studio, gambarnya cantik dan kualitinya gambar tu clear juga background gambar studio tu jadi lebih menarik untuk di framekan.
Gambar Raya Anak Sulung bersama Menantu (lelaki) |
Gambar Raya Anak Kedua bersama Menantu (lelaki) dan Cucu |
Sis setiap gambar Sis frame jadikan canvas frame, dan lain-lain gambar semua Sis abadikan menjadi photobook, simpan kenangan untuk anak-anak cucu masa akan datang.
Pakej bergambar di The Empire Studio ni pun berbaloi harganya kalau korang booking seawal sebelum ramadan. Dan di sediakan 4 studio dalam satu masa. Kalau korang nak bergambar dengan empat-empat studio pun boleh, atau hanya ikut pakej dua studio dalam satu masa pun boleh atau hanya nak satu studio pun boleh, terpulanglah pada korang.
Macam Sis kali ni Sis amik pakej 1 tapi Sis buat 30 minit, so dapat 2 studio. Sebab kali ni kami datang agak ramai, so kena amik masa lebih sikit nak bergambar. Itupun ada juga anak-anak saudara yang takde, so mana yang ada jer laa, nak tunggu semua, sampai tahun depan laa tak bergambar hahahaha.
Gambar Raya Sis dan Suami bersama Cucu |
Gambar Raya Suami bersama Menantu-Menantu |
Sis memang pilih studio A & B ni sebagai background bergambar sebab nak nampak suasana macam berada di rumah gituhhh... anak-anak pun okayy dengan pilihan Sis. Nampak lebih klasik dan formal sikit laaa.. sebab tahun lebih dah masuk studio ala 3D tapi anak-anak tak berapa suka hahahaha..
Untuk susun atur bergambar korang jangan risau, just ikut aja apa yang crew mereka arahkan, jangan memandai nak pose aksi-aksi bebukan, ini gambar raya studio bukan gambar majalah Mangga hahahahaha.. tapi kalau nak kann kelainan apa salahnya, cuma takut abang kameraman tu fening tengok kau beraksi jerr hahahaha..
Gambar Raya Sis bersama Adik-Adik |
Buat masa ni, tempahan untuk studio masih lagi di buka, slot pun ikut mana ada kekosongan, so korang kalau nak buat tempahan kena pantas sebelum slot di tutup terus. Harga masih sama, dan jika korang nak tambahan masa untuk photoshoot, sila bagitau sewaktu tempahan, so takde la nanti tiba-tiba last minit baru bagitau, sebab slot dah di susun sesiap yaa.. harap beri kerjasama.
PACKAGE 1 - RM150
Choose one studio ● 15 minutes ● Edited picture ● Shoot & email
PACKAGE 2 - RM200
Choose one studio ● 15 minutes ● Edited picture ● Shoot & email ● Frame size 12R
PACKAGE 3 - RM250
Choose any studio ● 15 minutes ● Edited picture ● Shoot & email ● Canvas 20 x 30
Untuk maklumat lanjut dan tempahan slot studio, korang boleh contact dan wahtsapp nombor yang Sis bagi ni okayy.
The Empire Studio
No53-02, jalan aliff 4,
Damansara Aliff,
Johor Bahru, Malaysia
Contact : 013-700 8889
Whatsapp : http://www.wasap.my/60137008889/StudioRaya24
Jadikan kenangan beraya bersama yang tersayang di The Empire Studio ❤
P/S : Moga Allah pelihara kebahagiaan kami sekeluarga, aamiinnn ...
Cantik pilihan studio. Nampak macam shoot di rumah sendiri gitu. Harga pakej boleh tahan juga tu. Yang penting kualiti gambarnya tu. Gambar cantik bolehlah dibingkaikan.
ReplyDeleteKannn pilihan Sis, alhamdulilah memang cantikk bila gambar dah siap ..
DeleteCantik..sebabtu saya pun bergambar kat studio ni..Kenangan sampai bila bila 👍😍
ReplyDeleteBUat photobook Nonn.. nanti bosan-bosan boleh tengok hahahaha
Delete