MAIN BOWLING PAKAI BAJU RAYA?

Sis Lin
6
MAIN BOWLING PAKAI BAJU RAYA?. Ini semua plan adik ipar dan juga menantu Sis, di ajaknya main bowling selepas seisi photoshoot gambar raya di The Empire Studio pada raya ketiga haritu. 

Sis dan Ayahnya layankan aja. Dari studio paling dekat Plaza Angsana, so kami semua terus gerak ke Plaza Angsana. Sebelum main, Suami ajak semua makan dulu, katanya kasi caj tenaga .. 

Ceh! Tenaga la sangat kann, padahal dia bukan main pun hahahaha .. 

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Memang memasing dah excited nak main bowling, dari yang kecik sampai yang dewasa semua tak menyabar nak campak bola ke longkang, longkang ke? Sorry see the leg ya! Hahaaha.. 

Urusan booking dan pembayaran semua di urus oleh Yana dan menantu. Sesiap booking slot, amik kasut then tunggu panggilan. Kami semua jer 4 lorong booking, gempak betul main bowling pakai baju raya oii, orang semua tengok hahahaha.. 

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Tapi apa ada kesah kan, janji kain tak koyak sudah, skill kena ada, janji pin bowling jatuh, mata bertambah, siapa menang dia dapat duit raya ikut berapa mata dia kumpul hahahaha.. 

Sesekali aktiviti begini seronok, Suami hanya baling bola 2 kali aja, lepas tu dia taknak main, duduk di Cafe sambil tengok kami main, siap order KopiO dan Kentang Goreng, makan sorang nampak, tak pelawa pun ekkk huhuhu.. 

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Main Bowling Pakai Baju Raya?

Selesai 2 game, nampak laaa kegembiraan memasing walaupun letih. Happy sangat semua, siapa yang kalah di sorakkan, siapa yang menang kita raikan, yang penting masing-masing puashati!. Salahkan tangan sendiri bila bola masuk longkang yaa hahahaa .. 

Sebelum balik kami lepak pulak makan di Restoran Sham Bistro isi perut dulu. So balik rumah terus tidur aja. Tapi bukannya tidur, sambung pulak semua main game Ps4 adeiii sampai jam 1am baru semua tidur ermmm .. 


P/S : Syukur alhamdulilah atas segala nikmat yang Engkau berikan .. 

إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. onz je tapi kalau yang pakai kain ketat tu kena hati-hati takut kain terkoyak..hehe

    ردحذف
  2. Wah, dah lama tak main bowling. Ada le sekali tu lalu depan bowling Center saya cakap dgn Jun dah lama tak main bowling. Dia jawab skrg ni klu main confirm sakit lutut dgn sakit pinggang nanti 😂 Tua betul rasanya bila dia cakap mcm tu.

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha tapi kalau ko nak tawu, masa kitaorang main, ramai pakcik makcik Karni hahahaha.. agaknya anak mereka ajak main atau memang mereka selalu main.. steady jerr

      حذف
  3. Apa ada hal pakai baju raya pun kan. Janji pin jatuh dapat mata gitu. hihi..happening bila main sekeluarga ramai ramai. Yang kalah memang kena bahanlah sampai kesudah. hihi...

    ردحذف
    الردود
    1. Kann Fizah, happy memasing dapat bermain bowling, happy-happy raya .. bukan senang nak kumpul sama ..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!