MARHABAN RAYA GENG SETAMAN BUKIT INDAH. Haritu ada kawan reply wahtsapp status Sis, katanya ‘Jauhnya kau pergi marhaban’.. Yaa memang jauh, dari Pasir Gudang ke Bukit Indah, tapi kerana kasih sayang Ukhwah yang terjalin di sana beberapa tahun dulu (hingga kini), membuatkan hati Sis ni tetap di sana sampai bila-bila.
Memang tiap kali raya Syawal, program Marhaban di Taman Bukit Indah dari Kump Al-Wasilah memang meriah. Dulu masa menetap di sana, memang macam-macam aktiviti Sis join, maklumlah kalau dah jadi AJK kann.
Sedih bila kenangkan Suami ajak berpindah ke Pasir Gudang ni. Awal masa mula pindah, kemurungan Sis sebab takde kawan. Lama-lama cuba serasikan diri, campur dengan kengkawan selorong akhirnya join group setaman, barulah ada kawan.
Sebab tu bila dapat jemputan marhaban atau apa-apa majlis dari Bukit Indah, memang Sis akan cuba pergi, salah satunya sebab nak jumpa dengan kengkawan lama dan juga Ibu guru mengaji tadarus Sis dulu. Rindunya nak bertadarus dengan mereka .
Permulaan marhaban di rumah Hajah Zana. Malam tu hanya ada sebuah aja rumah, so memang santai-santai aja laa Sis ke sana, takde nak rushing-rushing. Keluar awal sebab takut jem, singgah solat di Petronas Pam aja, then terus ke Bukit Indah.
Meriah suasana bila dapat berjumpa semua. Bermaafan dan sembang-sembang cerita raya memasing. Lepas tu, mulalah plan marhaban raya satu rumah ke rumah lain pula. Sis jika ada masa dengan izinNya, dapatlah join lagi marhaban rumah kengkawan lain pula.
Geng Loteng! Melekat ek nama Geng Loteng tu! |
Ikutkan ada lagi ramai, ramai tak dapat hadir |
Isnin lepas Sis ke Bukit Indah lagi, join marhaban lagi. Kali ni 4 buah rumah dan semua rumah tu adalah dari group kecil geng setaman Sis. Dapatlah sekali beraya bersama mereka, alhamdulilah ..
Baju sedondon tu Sis tak sempat nak amik pakai pi marhaban, tokey kedai boleh pulak pergi China tak bagitau. Katanya 24/4 balik, ni rasanya dah balik ni, kang nak call tanya baju Sis ..
Taman rumah Sis, 28/4 ni start marhaban.. inshaallah Sis join ..
P/S : Kalau tak join marhaban, rasa macam tak lengkap raya, kan kan ..
Untung Sislin duduk di kejiranan yg baik2 dan menjaga ukhwah sesama jiran mcm ni. Duduk kat KL ni susah nak jumpa jiran apa lagi nak bertegur-sapa (kondo saya la).
ردحذفAlhamdulilah, dapat jiran yang ukhwah begini syukur sangat Karni walau setahun sekali je jumpa hehehehe
حذفCantik baju marhaban mereka! Next Marhaban leh sedondon laa..hewheww! Yeee..tak lengkap rasa tanpa Marhaban..Agituh! 😄
ردحذفKannn, baju aku tak sempat siap hahahaha
حذف