MENU HARI RAYA ORANG JOHOR. Betullah kan orang Johor sebab Sis asal Johor, raya pun di Johor so jadilah menu hari raya orang Johor. Memang tiap tahun kalau hari raya, menu inilah yang Sis masak setiap kali raya.
Tradisi rumah Sis ni dari zaman arwah Mak Abah ada, kami memang masak dan makan menu raya pada pagi raya, kami tak masak awal dan makan malam raya, takut feel raya hilang hahahaha..
So Sis akan masak Ayam Merah dan Rendang aja malam raya, then bangun seawal 5am masak Sambal Goreng, Sayur Lodeh, Sambal Kacang dan Serunding pagi raya.
Menu-menu di atas ni, semuanya adalah menu hari raya di pagi raya pertama. Cuma lupa plak hidang Serunding atas kuali. Ketupat segera, Ketupat Palas dan Lemang Sis beli, tapi Ketupat daun tu kami anyam dan rebus sendiri.
Antara menu hari raya Sis adalah; Sayur Lodeh, Rendang Daging, Ayam Merah, Sambal Kacang, Sambal Goreng Paru, Serunding. Yang dalam bekas-bekas tu, pemberian dari Besan pada malam raya. Alhamdulilah ..
Dan pada raya ke-4 sekali lagi Sis masak menu raya, cuma menu Rendang aja takde dan ada menu tambahan lain pula. Sis masak sempena anak Sulung dan menantu balik JB beraya dari Melaka (rumah mertuanya).
Kakak pesan berkali-kali minta Sis masakkan untuknya menu raya. Yang Ayahnya memang tau laaa menu kegemarannya, di belinya udang dan Sis masakkan Sambal Udang dan juga Asam Pedas Ikan Siakap.
Rendang Sis gantikan dengan menu Ayam Semur. Ketupat Palas mesti ada, dan ada ole-ole Kuih Lopes dari Melaka. Kek Marble tu pn pemberian dari Besan Sis. Alhamdulilah ..
P/S : Tahun ni macam tak puas makan rendang, ingat kalau rajin nak masak rendang laa esok..
sedap2 tu menunya...tgh puasa tgk smua gmbr tu..lpr hehe
ردحذفAlhamdulilah, memang itulah menunya tiap tahun ..
حذفmeriahnya lauk pauk sis lin. Macam kami yang masih ada parents ni, ikut je parent nak masak apa. jadi makcik pakcik bawang, ayam, daging, cili kering je la
ردحذفKannn, selagi ada orang tua yang kuat untuk memasak, so makan aja laa apa yang terhidang Yann..
حذفaduh sedapnya semua menu akak, memang menu wajib orang johor hehehe. Aritu ternampak kt tiktok orang komen psl ayam kicap tak sesuai makan dengan nasi impit, kat johor orite je dana tiap tahun memang menu wajib ayam kicap tu
ردحذفRumah ni kalau takde lauk kicap tu, macam tak lengkap menu raya kami Dana ...
حذفMeriahnya lauk pauk raya. Menu Johor saya di kampung rendang daging je lah wajib ada. Yang lain kadang berubah². tahun ni tak ada rendang ayam tapi ayam masak merah. Raya ni tak jumpa menu lodeh tu lagi.
ردحذفRendang Daging semestinya kena ada kan Fizah ..
حذفSalam syawal. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf zahir & batin
ردحذفSalam Syawal Shai..
حذفMaaf Zahir Batin, marilah beraya di Johor ..