RUMAH KEMBALI SEPI apabila adik-adik dan anak-anak pulang ke rumah masing-masing. Setelah 5 hari 4 malam adik-adik berkampung dan berhari raya di rumah Sis, malam semalam semuanya balik ke rumah mereka sebab esok (Isnin) sudah mula bersekolah dan bekerja.
Bila semuanya balik semalam malam, rumah kembali sepi tapi anak-anak Sis masih ada lagi bermalam di rumah. So ada jugalah gelak tawa Cucu Sis lagi. Tapi tetap berbeza juga la suasananya dari sebelumnya ..
Salah satu sebab blog tak update dan belum ada masa reply, komen di status ucapan hari raya korang, Sis sangat-sangat bizi sampai tak nyempat nak pegang handphone.
Ini separuh depan tv, separuh lagi ruang makan, sukunlagi di dapur, memang fulhouse!! |
Memang tak kering tangan Sis memasak, seronok sangat bila masak makan ramai-ramai. Dan sempat jugalah kami semua bergambar di studio dan juga main bowling beramai-ramai. Tak pernah di buat orang main bowling pakai baju raya ooii hahahahaha ..
Dan tadi pula, anak-anak Sis pulak kembali ke rumah masing-masing. Kakak balik KL, Yana balik rumahnya, so memang betul-betul sunyilah rumah sebab cucu pun dah takde dah .
Aktiviti anak-anak saudara bila berkumpul. Memasing memang letak handphone tepi. |
Alhamdulilah tahun ni kami semua dapat berkumpul lagi adik-adik dan juga anak-anak walau anak sulung Sis balik Jb pada hari Jumaat raya ke-tiga tapi Sis tetap juga sambutnya dengan masakkannya menu raya kegemarannya.
Kiranya 2 kali laa Sis masak lauk-pauk raya cuma ada yang beza menunya. Tapi Sayur Lodeh wajib ada! Peberet anak Sis, siap ratah sampai ke tengah malam. Alhamdulilah ..
Menu raya sambut anak balik Jb |
Bila rumah sunyi, Suami kata .. ‘Nanti Ayah dah takde, awak macam mana?’ .. apa laaa cakap gitu ekkk .. terus Sis nangis huwaaaa 😠…
Ya Allah terima kasih atas kesempatan dan peluang nikmati hari tua bersama Suamiku, berhari raya bersama dengan yang tercinta. Moga diri ini sihat dan terus kuat untuk melihat cucu membesar dan anak-anak berjaya! Inshaallah aamiinn ..
Corat coret cerita raya, menyusul kemudian. ..
P/S : Selamat bersekolah dan selamat bekerja 🧡
Selamat hari raya sisLin...
ReplyDeleteTak terkata nak komen cmne.. Linda yang bila cuti sek anak2 balik kg pun.. Terasa sunyi juga
Selamat Hari Raya
DeleteMaaf Zahir Batin Linda ..
Yaa sepi sesepinya rumah huhuhu...
Terlupa nak komen apa tadi bila baca ayat En Sabar 🥹
ReplyDeleteKak, kita sampai sekarang sedih Kak dengan ayat tu huhuhu
Deletetak tahu siapa yang pergi dulu... huhuhu
ReplyDeleteKann Azian huwaaaa :((
DeleteSeronoknya ramai beraya di rumah. Meriah betul. Sampai main bowling dengan baju raya tu. Bagus juga ada aktiviti main games daripada dok main handphone je kan. Ala, sedih pulak dengar ayat macam tu. Kita dahlah hati tisu.
ReplyDeleteYaa Fizah, tak pernah di buat orang main bowling pakai baju kurung dan kebaya hahahaha
Delete