16 MEI 2024 : SELAMAT HARI GURU!

Sis Lin
8
16 MEI 2024 : SELAMAT HARI GURU!. Harini adalah Hari Guru. Siapa yang bekerja sebagai guru, harini mereka di raikan, mesti balik nanti penuh hadiah dalam kereta kan. 

Pernah dulu masa Sis sekolah, Sis tolong cikgu angkat hadiah-hadiahnya masuk kereta, penuh bonet dan dalam kereta. Maklumlah kalau dia seorang cikgu ‘idola’ dalam sekolah, memang banyaklah hadiah mereka dapat.

Seronok dulu tengok anak-anak bawa dan berebut nak bagi cikgu mereka hadiah. Tak kurang juga yang takde bawa apa-apa tapi tak jadi dosa pun. Sekarang, ada baiknya juga ada kedai ECO, DIY dan NINSO sekarang, sekurangnya masih mampu nak beli hadiah untuk cikgu walau harga RM2.40. Yang penting IKHLAS. 

16 Mei 2024 : Selamat Hari Guru

Selepas ibubapa kita, guru merupakan antara insan yang paling penting dalam membentuk jati diri kita serta menjadi manusia yang berguna sekali gus memberi kebaikkan kepada masyarakat dan juga negara.

Selamat Hari Guru untuk semua guru yang kami sayangi. Untuk kalian yang banyak berjasa. Pengorbanan kalian amat kami muliakan. Teruskan mendidik anak bangsa dan menjadi pelita yang sentiasa menyala.

Jasa dan bakti Cikgu akan dikenang selalu. Minta halalkan segala ilmu yang telah diberikan. Semoga Allah sahaja mampu membalas segala keringat dan bakti Cikgu. 

Selamat Hari Guru
‘Guru Jauhari Digital, Aspirasi Negara MADANI’


P/S: Korang masih ingat nama cikgu-cikgu korang?. 
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Selamat hari guru untuk sesiapa sahaja yang pernah berkongsi atau memberikan ilmu kepada kita tidak kisah sama ada dalam sedar atau tidak sedar.

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru pada semua...

    ReplyDelete
  3. cikgu yg ako paling tak suka... tapi cikgu ni juga la yg jadi inspirasi semua org hahaha.. dan masih kekal berhubung dengan anak2 murid dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ko ada cikgu yang ko tak suka ek hahahaha ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!