HADIR DI RUMAH TERBUKA HARI RAYA PULAI SPRINGS RESORT. Tiap tahun memang tak pernah tak datang ke rumah terbuka hari raya Pulai Springs Resort ni. Memang meriah macam kenduri kawin. Awal-awal Sis dah save the date, takut terlupa, maklumlah lagi nak last-last raya ni, bertambah jemputan openhouse rayanya kannn.. terlajak raya namanya..
Di sebabkan semalam hari bekerja, so Sis ajak anak Sis,Yana meneman Sis, pakej bawa Cucu sekali berhari raya di sini. Timing memang ngam waktu makan tengahari, so memang perut lapar, Sis kasi Yana dulu amik makanan, sambil-sambil mata Sis menoleh-noleh warung-warung yang menyediakan makanan, macam-macam ada, dah macam buffet ramadan juga ni.
Tiap tahun meriah rumah terbuka mereka |
Bersama si cantik manis Kak Seri |
Tengah nak amik makanan, ternampak Kak Seri dan Suaminya, dapat juga jumpa Kak Seri di penghujung raya. Iman pula takde. Sempatlah kami sembang-sembang kejap dan bergambar sama. Bertambah cantik dan slim Kak Seri..
Makanan yang di sediakan terlalu banyak, di dalam dewan ada, di luar dewan pun ada. bila ternampak menu lauk raya, ada lemang, ketupat, rendang ayam, sambal kacang, sayur lodeh dan serunding, so apalagi, memang menu pertama Sis makan adalah menu hari raya, rasa tak puas makan lemang raya tahun ni kan.
Pinggan pertama Sis makan, menu lauk raya, sedap.. |
Pinggan kedua, makan menu western pulak hehehe |
Yana makan nasi ayam sekali suap ke anaknya, kemudian baru dia makan macam-macam hahahaha.. Siap cakap tak tau nak makan apa, banyak sangat yang sedap, kemainn ekkkk.. Tapi betul serius, makanan yang di sediakan semuanya menarik perhatian, kalau boleh semua nak makan, tapi perut tak muat nak sumbat hahahaha..
Tengah makan, datang Shieda dan team dari Johor Event ke meja, diaorang baru sampai, so ajaklah duduk semeja sekali. Tunggu Norfy tak sampai-sampai. Geng-geng media lain pun ada juga, cuma tak dan nak hai-hai, memasing sibuk makan hahahaha..
Geng-geng media yang sempat bergambar |
Thanks Charlotte (kanan sekali) sudi menjemput kami.. *gambar kredit Kak Seri |
Di pentas pun ada juga persembahan dan permainan untuk tetamu yang hadir. Ada yang menang wang tunai duit raya, menang hadiah dari Pulai Springs dan macam-macam lagi laa.. Sis pun tak duduk lama, sebelum Cucu ngamuk nak tidur, Sis dan Yana pulang dulu. Mana yang sempat bergambar ajalah kami bergambar.
Nak bergambar di photo-booth, kemain beratur pulak orang dah last-last tu, so takpelah.. malas pulak nak menunggu. apa-apa pun terima kasih Charlotte dari Pulai Springs Resort yang menjemput Sis ke rumah terbuka hari raya Pulai Springs Resort ni. Next time Sis datang kita makan-makan lagi yaa..
P/S : Malam ni masih ada jemputan hari raya hahahaha.. layannnn ..
tengok gambar makanan,,,sedap2 nampaknya
ReplyDeleteIyaaa macam-macam adaaa ...
DeleteBestnya dapat duduk lama dan menikmati pelbagai juadah yg disediakan. Kita tak boleh lama sbb nak rewang majlis raya kolej. Kalau tak, mmg rasa nak duduk makan kat semua stall.
ReplyDeleteHaah Kak, dekat jam 3pm juga Lin duduk sembang sambil tengok aktiviti di pentas hahahaha
Delete