HADIR DI RUMAH TERBUKA RAYA CARA KITER JCORP CORPORATION. Haperr raya lagi? Begitulah kan di Johor, Johor memang tak relaz, selagi belum raya Haji, Syawal masih ada gituhhh.. tapi melampau nau kalau sampai raya Haji kannn hahahaha.. ehhh Jumaat depan ni Sis masih ada event Gala Raya yaaa, ko ngase? Kih kih kih ..
Apa-apa pun tak kisahlah masih dalam Syawal ke tidak, yang penting, menjamu orang makan tu sedekah juga tu, berkat rezeki mereka yang menjamu tetamu makan dengan pelbagai hidangan menu. Bila dapat jemputan dari JCorp ni, dan di adakan di Persada Johor, sememangnya Sis dan aim dia punya Laksa Johor, maka sampai aja semalam Sis terus ceduk Laksa Johor.
Part ni memang lawak arrr, hahahaha |
Kebetulan Suami pun dah gerak ke Paka, anak bujang pulak stanby kerja, so Sis ajak laa Kak Zizi menemani Sis ke jemputan rumah terbuka JCorp ni. Tapi sampai sana meriahlah jumpa kengkawan Media lain dan duduk semeja, kecoh yaaa kalau dah berjumpa adoiii..
Macam-macam aktiviti di adakan sepanjang tetamu makan. Juga ad artis Sarah Suhairi, juga Hael Husaini, tapi masa Sis sampai Hael dah habis nyanyi dah, dapat tengok Sarah Suhairi dan Alfie Zumi je nyanyi lagu Sah mereka.
Geng semeja, makan sambil sembang |
Majlis mereka dari jam 11am sampai 5pm, masa Sis sampai tu, ramai yang dah nak balik dan siap dapat sebekas KFC sebagai bekalan, tapi time Sis dah habis dah, dapat bawa balik Jus Nanas aja sebotol. Memang Sis makan Laksa Johor aja then makan lemang rendang, makannya sikit, tapi kenyang ketwa dengan kengkawan semeja hahahaha..
Sebelum balik dapat bergambar di photo booth yang mereka sediakan. Siap ada buat video maker sekali yaaa, hebat betul rumah terbuka JCorp ni... tetamu pulang penuh dengan kegembiraan.
Laksa Johor the best... |
Meriah suasana.. |
Tak berapa banyak amik gambar sebab sibuk melayan Laksa Johor dan persembahan nyanyian dan aktiviti mereka. Seronok sesekalin hadir ke majlis begini dan jumpa kengkawan. Ada tu kita tak perasan pun, tapi mereka datang menegur kita, 'Ehh ni Sis Lin kan' alaaa malu kiterrr hahahahaha..
Buat masa ni, inilah majlis rumah terbuka terakhir untuk Syawal ni. Kalau Jumaat ni bukan rumah terbuka, tapi event Gala Raya meraikan ahli-ahli persatuan aja. Ni yang tengah fikir nak pakai baju apa ni hahahahaha..
Apa-apa pun terima kasih JCorp sudi menjemput Sis ke majlis rumah terbuka raya cara kiter untuk tahun ni. Tahun depan jangan lupa jemput lagi yaaa hehehehe..
P/S : Alhamdulilah atas segala nikmat yang Allah berikan.. syukur ...
Kannn .. memang menu utamanya Sis makan dulu ...
ReplyDelete