JALAN-JALAN BAWA CUCU KE LEGOLAND LAGI!. Sejak dah ada cucu, kalau dapat peluang jer ke Legoland, memang Sis akan bawa cucu dan Yana sekali, walaupun cucu Sis tu belum pandai apa pun, tapi dah pandailah dia tengok sana sini ragam orang, dan enjoy bila tengok persembahan pentas dan kemain suka kalau nampak mascot LEGO tu..
Tapi kalau Maknya tu free, kalau Maknya tak free, Sis ajaklah kengkawan Sis yang mana free ikut Sis. Walau kengkawan Sis tu peringkat dah dewasa dan warga emas pun, fikir tak sesuai laa nak main-main dalam Legoland ni kan, tapi ermm ada mereka kesah, bila dah masuk, lenjann gak naik rollercoaster dan main game dalam tu hahaha..
Bukan apa tau, bila pergi tempat macam ni, kita enjoy dan healing kejap, lagi kalau pergi dengan geng kepala masuk air, adoiii memang gelakk manjang laa main game dalam tu.
Rezeki Cucu berulang kali masuk Legoland |
Fullhouse kali ni Legoland dengan budak-budak sekolah |
Tapi beza bawa cucu, kena pulak cucu kecik lagi macam cucu Sis ni, walau tak pandai apa, tapi kita kasi dia explore mata dan otak dia biar berkembang sikit lihat dunia luar. Kadang-kadang apa yang budak lihat ni, boleh beri impak kepada pemikiran dia juga, cuma dia tak pandai nak bercakap bagitau kita kan.. tapi boleh lihat dari reaksi senyum, gelak dan keletah dia.
Baru ni Sis pergi Legoland sempena BRICK FEST mereka bermula sekarang sampai laaa penghujung bulan September. Ada macam-macam aktiviti yang mereka sediakan untuk anak-anak. Masuk aja dari depan tu, dah nampak dah pelbagai aktiviti di situ. Jenis bebudak yang sukakan permainan Lego memang boleh duduk berejam di situ main Lego tau..
Show sebaik aja Legoland di buka |
Antara aktiviti yang ada di hadapan pentas |
Cuaca pulak masa tu kemain hangat panas wooo.. so memang tak dapat nak jalan-jalan pusing semua dalam tu. Kebetulan masa sampai tu memasing pun belum sarapan, so sampai aja sana, tengok persembahan sekejap, selesai aja, terus cari port makan.
Cuma kebetulan masa Sis pergi tu, last day sekolah, tiba ramai pulak murid-murid dari beberapa sekolah datang rombongan ke Legoland ni bersama cikgu-cikgu mereka, so korang bayangkan laa betapa meriah dan ramainya. Betul-betul meriah Legoland masa tu.
Cucu Sis paling suka makan pasta.. peberet menu dia .. |
Eh ehhh.. geng meja sebelah hahaha blogger Siti Rohaida |
Bila dah ramai, korang faham aja laa, nak main semua game termasuk nak naik train dia tu, beratur panjang laaa semua, kena tunggu. Dengan cuaca panas, berkicap ketiak, bawa cucu lagi, memang masuk ke tempat ekon manjang laa.. makan pun cari restoran yang hawa dingin dia kuat hahahaha..
Makan mana lagi, restoran Pizza aja laa. Ikutkan nak makan restoran nasi ayam tu, tapi fully booked, maybe cikgu-cikgu dah book restoran tu. Nak makan Grill western kat Kingdom tu, dia outdoor, takut panas, cucu meragam pulakk.. so makan pizza aja laa, tapi ada menu pasta juga.
Ralit mata kalau tengok Miniland ni.. amazing.. |
Bye bye for now.. jumpa lagi.. |
Habis makan, jalan-jalan di Miniland tu kejap, nak bawa cucu nak train, sekali tengokkk, kuss semangat masih panjangnya beratur, dah dua kali bawa cucu, dua kali juga tak dapat cucu naik train. Takpelah cucu, ada rezeki ada peluang, Nenek bawa lagi ke Legoland kita naik train yaa..
Dalam pada jalan-jalan tu, akhirnya tidur cucu Sis dalam stroller. Yana dengan Sis dah berpeluh macam haperr dah hahahaha.. sebelum balik masuk jap dalam kedai Lego mereka, Yana beli bag LEGO untuk anaknya.. walau harga agak mahal, tapi berbaloilah beli dengan kualitinya.
Kali ni takde masuk Sealife, so settle aja pusing-pusing, cucu pun dah tido kepenatan, Sis terus balik. Nak tunggu sampai show petang tu, kepala dah macam nak migrain, panas sangattt.. next time kita datang lagi yaaa..
P/S : Alhmdulilah, tahniah buat anak saudara dapat result SPM 6 A+ ..
Untungla cucu nenek bawa jalan2 makan2.
ReplyDeleteHehehe itu laa rezeki Cucu dapat ikut Nenek masuk Legoland ..
DeleteMemang syok pi Legoland ni...Love sangat! Takpa..Nanti dah besor..Puas la dia berlari nak main semua benda ye cucu...hehehe..
ReplyDeleteKann Nona, rezeki Cucu tumpang Nenek pi event, seronokkk
Delete