MAKAN ASAM PEDAS TETEL DI RUMAH MAT GEBU @ ADNAN IBRAHIM. Tiap tahun bila hari raya memang tak pernah tak pergi ke rumahnya Mat Gebu. Siapa lagi kalau bukan blogger masakan tersohor blog Dapur Tanpa Sempadan.
Cuma tahun ni Sis ke sana seorang diri sahaja. Plan asal Yana dan Cucu Sis nak ikut sama, tapi Yana keletihan sakit pinggang sebab bantu Sis mengemas semalamnya di majlis jamuan hari raya di rumah Sis.
Tak apalah, sorang pun jadi aja, sebab dah berjanji so janji kena tunaikan.
Meriah lauk-pauk, 2x Sis menambah |
Mat Gebu suruh datang time lunch, masa call dia, Mat cakap nak masak asam pedas tetel makan nasi putih, perghhh menarikkk sungguh!. Ngam-ngam sampai dalam jam 12.10pm macamtu, highway pun tak jem.
Sis sampai di sambut Mat Gebu depan pintu. Memang setahun sekali ekk jumpa Mat ni, orangnya tetap sama, sentiasa merendah diri walau bertambah pinggan mangkuknya ekkk..
Bersama Maknya Mat Gebu |
4 cawan kopi okkkayy Sis hirup. |
Sampai-sampai dah di hidangkan makanan dan terus makan. Kali ni begitu special menu Mat Gebu, siap dapat makan ‘kerdas’ lagi geng dengan Mak Yah (Mak Mat Gebu).
Mula Mak Yah segan juga nak makan kerdasnya, bila Sis kata Sis pun nak, amekkaww semangkuk Mat Gebu bawa menghadap hahahaha .. Sis semua bedal, petai, jering, kerdas, tempoyak, budu, apa lagi? Semua Sis makan.
Cantik kerusi Mat Gebu. Kerusi idaman aku juga |
Sesuatu sangat kannnn |
Macam-macam yang kami borakkan bersama, tak boleh blah kami gelak macam nak haperrr bila ada cerita yang melucukan (biarlah rahsia) hahahaha .. sambil borak bercawan air kopi dan berkeping kek lapis Sis makan dan hirup.
Tak ketinggalan Tart Mat Gebu yang menjadi pojaan hatiku, ishhh rugi tak hangkut bawa balik banyak-banyak, sedap kemain!..
Apa-apa pun, terima kasih Mat, moga di murahkan rezekinya selalu yang sentiasa menjamu tetamu dengan makanan yang sedap.. alhamdulilah sahabat syurga..
P/S : Sahabat dari tahun 2008 🤍
Semoga sentiasa murah rezeki mat sekeluarga...
ReplyDeleteAamiinn, alhamdulilah...
Deletesedap tu hidangan kt rumah Mat Gebu.....sususan kek lapis & biskut tart tu pn menarik tersusun
ReplyDeleteSangat teliti orangnya, rapi aja meja makan sambut tetamu..
DeleteCantiknya rumah dan pinggan mangkuk CMG tu....pandai betul dia masak ye...
ReplyDeleteKannn SA, tapi humble aja orangnya..
Delete