MASIH BERHARI RAYA LAGI KE TU?

Sis Lin
6
MASIH BERHARI RAYA LAGI KE TU?. Kalau dalam kalender harini dah 30 Syawal, tapi kalau tengok pada kalender iPhone Sis, harini dah masuk 1 Zulkaedah, so maknanya memang dah habis laa raya yaa, tapi korang masih berhari raya lagi ke tu? hik hik hik ..

Betullah, walaupun dah habis raya, tapi jemputan rumah terbuka masih lagi ada. Sis aja minggu ni pun masih ada jemputan rumah terbuka hingga Ahad, then minggu depannya 17 May pun masih ada, ko ngase? Hahahahaha.. orang Johor memang tak relax okay kalau bab raya, selagi belum raya Haji hahaha.. 

Masih Berhari Raya Lagi Ke Tu?

Tapi takpelah, orang jemput kita penuhi, diet tak diet belakang kira, nak makan sendiri beringat, yang tengok tu, mulut kasi jaga, jangan suka-suka nak body shaming orang. Mentang-mentang yang cakap tu berdiet bagai, then nak ngata orang pulak. Nasihat tu boleh, tapi jangan sampai menyakiti.

Untuk kenangan Syawal tahun ni, terlalu banyakkkk sangat kegembiraan yang Sis sekeluarga cipta. Dan tahun ini juga terlalu banyak Suami 'beli jiwa' Sis hok hok hok (jaga-jaga Cik Salmah, ada yang membaca).. apa-apa pun, yang penting, kebahagiaan kita bukanlah dai kehancuran hati orang lain kannn.. 

Masih Berhari Raya Lagi Ke Tu?

Trauma bukak media sosial sekarang, terlalu banyak baca kisah sondol-sondol ni, Sis no komen laa, cuma satu je boleh kata, 'setiap apa yang kau sakiti hati orang lain, pasti Allah akan balas dengan kesedihan yang berganda' .. boleh tenang ke hidup ekk? .. 

Dah tua-tua ni hidup tenang-tenang aja laa.. malas nak fikir masaalah dunia dan masaalah orang. Baca boleh tapi malas nak amik port. Baca dan diam. Selagi boleh sabar, kita sabar, sebab sabar sesaorang itu akan dapat balasan yang paling baik di sisi Allah. 

Akhir kata.. Selamat Hari Raya sekali lagi, Maaf Zahir Batin.. Moga bertemu lagi di Syawal akan datang.. dan selamat jalan kepada semua jemaah Haji yang akan menunaikan Haji tahun ini. Moga dipermudahkan segala urusan mereka, aamiinnn.. 


P/S : Rasa Ramadan sangat cepat, Syawal lagi cepat kann.. hurmmmm ... 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahahah sama laa sini pun masih ada lagi jamuan raya.. esok lusa ako nak gi beraya gak lagi :D hahahha selagi lemang ketupat masih terjual, raya raya raya!! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha aku semalam habis dah jemputan rumah terbuka, tunggu Jumaat ni pulak Gala Raya hahahahaha

      Delete
  2. Orang kita ni memang raya sebulan sama macam puasa sebulan. Hihihi. Betul tu risau tengok berita sondol2 ni dah jadi macam normal pulak. Semoga kita tak diuji dengan isu tu. takut nak baca lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selagi belum masuk raya Haji katanya hahahaha

      Delete
  3. Replies
    1. Inshaallah moga dipanjang usia bertemu Syawal hadapan ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!