MASIH DALAM MOOD BERHARI RAYA LAGI!

Sis Lin
12
MASIH DALAM MOOD BERHARI RAYA LAGI!. Setelah seminggu blog tak update, harini baru rasa nak bukak iPad dan update satu posting, maklumlah tuan admin masih dalam mood berhari raya, so memang malas nak menulis. 

Tapi Sis still bukak blog dan baca blog kengkawan yang lalu dari reading list tu. Cuma tak tinggalkan komen aja. Meriah juga korang beraya yaa, sama naik juga macam Sis, openhouse sana sini masih ada sampai hujung bulan, ko ngase?..

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Sepupu-Sepupu & Mak Saudara

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Admin Visit Johor, juga Tourism Johor dan Dr Serene

Takpe laa setahun sekali kita raikan tetamu kan, so mana yang asyik berzikir nak datang rumah, nak rasa airtangan masakan kita, haa inilah masanya kita jemput mereka dan masak untuk tetamu yang hadir. 

Sis tahun ni memang takde buat openhouse pacak khemah bagai, Sis hanya masak-masak then panggil Besan, sepupu-sepupu, mak saudara, juga kengkawan dan jemput datang beraya ke rumah Sis. Hanya beberapa orang aja, kalau sampai 50/100 orang, memang tak sangguplah Sis nak masak sendiri oii… 

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Geng Nenek. Tahun ni kurang sorang

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Admin Johor Event, Dr Serene, Kristal Kim dan Yayiyo

Geng JDT Blogger

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Antara yang awal datang. 

Itupun masak yang simple dan menu lauk raya yang biasa Sis masak aja. Cuma ada tambahan Asam Pedas Tetel dan juga Sambal Udang untuk di makan dengan Burasak. Kue Teow Goreng, Roti Jala Sis order dengan sepupu, begitu juga Kuih-Muih, Puding Tembikai Sis buat sendiri, tawar sikit rasanya. 

Sebelah siang ada kawan-kawan Sis yang datang awal termasuk sepupu-sepupu semua. Sebelah malam kawan-kawan Suami pula datang, bersaing juga dengan kengkawan Sis. So agak sesak jugalah dalam rumah, tapi seronok, meriah bersembang memasing. 

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Palas, Burasak, Ketupat Nasi

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Rendang Ayam, Kurma Ayam, Sayur Lodeh

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Sambal Kacang, Asam Pedas Tetel

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Asam Pedas Tetel, Sambal Udang

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Dangai Gula Melaka, Apam Pisang, Puding Tembikai

Masih Dalam Mood Berhari Raya
Apam Nasi, Kuih Lapis, Tembikai

Itulah antara masakan Sis untuk tetamu sebelum sampai ya Kue Teow dan Roti Jala juga Teh Tarik panas dari sepupu. Meriah makanan, alhamdulilah ngam-ngam cukup sampai tetamu yang terakhir hampir jam 11.30pm hahahaha .. 

Puashati rasa masak sendiri dan jamu tetamu, yang lama teringin sangat nak makan masakan airtangan Sis, haaa tertunailah hasrat mereka, jangan minta-minta lagi tau, tuggu raya tahun depan plak hahahahaha .. 

Terima kasih buat semua yang hadir, dan maaf jika ada yang tak di jemput .. nak datang beraya, marilah, sudi-sudikanlah .. orang Johor raya sampai raya Haji 😆 .. 


P/S : Hujan dari pagi.. harini ada 3 openhouse, alhamdulilah .. 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. raya kan sebulan. selamat hari raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, sampai Raya Haji katanya hahahaha

      Delete
  2. Biasa la kita raya sebulan 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlajak sampai Raya Haji sesilap kang hahahaha

      Delete
  3. Sebulan syawal boleh sambut raya.
    Nampak sesedap menunya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah Wak, Johor memang tak habis raya hahahaha

      Delete
  4. Kan Sislin, skrg ni nak buat open house jemput ramai2 tak sanggup rasanya. Setakat jemput mana yg termampu je. Yang penting dapat beramah-mesra dgn kawan2 & saudara-mara sambil kejar pahala jamu tetamu makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Karni, nak buat besaran, tak larat pulak nak layan tetamu, so kita kecilkan aja laa kumpulan yang mana kita selesa, boleh ajak sembang dan lepak lelama...

      Delete
  5. meriahnya raya Sis Lin. Anak anak dah besar kan.. Inilah masa nak ber sosial dengan masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa Yan, bila anak dah besar ni, masa ni laa Maknya pulak nak berkepak hahaha

      Delete
  6. Meriah, meriah!!! Sedap sangat air tanganmu! Terima kasih Hidangkan makanan yang sedap sedap! Tak sesia datang walaupun sekejapan! Hehe.. Psstt: Tisu cantik Masih dalam simpanan..Sayang betul nak pakai..Biar mereput sendiri Nanti 😆🤭

    Semoga sis Lin sekeluarga dilimpahkan rezeki Dan bahagia selalu ye..Aamin!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Nona sudi singgah beraya walau kelam kabut balik ekkkkk..
      Oitt tisu tu murah je laaa hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!