MINUM PETANG BY MAKSU PASTRIES. Nampak sedap sangat kann kuih muih tu, yer alhamdulilah memang benar sedap bagai di gambarkan. Anak kata semua sedap, terutamanya Kuih Dadar dan Kaswi tu.
Kuih box by Maksu Pastries ni Sis order semalam dan hantar ke anak sulung Sis di Sungai Besi KL nun sana. Maksu open order sempena birthday dia. Kebetulan dalam kuih box tu ada kuih kegemaran anak Sis.
Sekotak tu RM30, dan caj penghantaran guna Lalamove mengikut kadar jarak tempat korang. Nasib baik ada cover area Sungai Besi, so dapatlah Sis hantar untuk anak buat minum petang dia.
Suka anak Sis bila dapat kotak box kuih tu. Rezeki juga menantu pun ada di rumah juga ketika itu. Jadilah buat Kakak happy. Anak Sis tengah gusar hatinya menyiapkan thesis (correction) akhir dia untuk final Master viva dia tu awal June ni.
Kadang mesej pun lambat reply. Sampai katanya tak tidur. Moga kakak sihat-sihat hendaknya. Korang yang nk order kotak box kuih ni, bole ke IG @bymaksupastries okk..
P/S : Kat Johor ada tak jual camni? Kalau ada tinggalkan komen ookk..
Semoga Naz berjaya habiskan master dan siapkan thesis dia, Good luck!
ReplyDeleteAaaminn... inshaallah, terima kasih Shai ..
Delete