SELAMAT BERCUTI SEKOLAH MAK-MAK! Ehh bapak-bapak juga ada kann, ye laa ada bapak-bapak juga surarumah menjaga dan urus anak-anak. So tiba cuti sekolah ni, bapak-bapak pun bercuti juga kan. Tapi ada juga atok-atok nenek-nenek dan penjaga yang jaga cucu dan anak orang ekk.. alaa selamat bercuti sekolah buat semua laa hahahaha..
Tiba cuti sekolah, kalau di Johor juga terasa juga kemeriahannya. Sana sini jalan banyak kereta dan dalam Mall pun ramai orang. Nak tau beza cuti dengan tak cuti, semua kedai makan dan restoran dalam Mall, walau hari bekerja, pun ramai orang. Lagi kalau serentak dengan cuti sekolah Singapura dan Indonesia, memang ramai dalam Mall Johor ni.
Geng tengok filem Tamil dengan Nenek hahahaha |
Macam Sis dah takde anak bersekolah, so cuti ke tak cuti ke memang tak amik kisah pun, tapi bila cuti sekolah, nanti anak-anak saudara dan adik-adik datanglah ke rumah berkampung di rumah Sis. Cuma cuti sekolah yang ni, Sis nak ajak lambat sikit, maybe hari Khamis ni baru nak ajak mereke datang,. sebab Sis ada urusan sikit mulai harini sampai hari Rabu.
Hujung minggu baru ni pun Sis sibuk dengan jemputan majlis perkahwinan kengkawan. Suami Sis pun baru sampai pagi semalam dari China. Dan anak sulung Sis pun ada semalam bermalam di rumah Sabtu tu, juga Yana pun bermalam di rumah Sis, meriah suasana semalam bila Suami balik berjumpa anak-anak dan cucunya.
Tapi semalam kami takde keluar siangnya tu, pagi dah sarapan, tengahari semua lepak aja di rumah sementara Ayahnya rehat tidur, dan si Kakaknya settlekan kerja correction thesis dia, memang seharian di rumah. Petang Sis buat cekodok bawang kentang, dan makan sama-sama semalam.
Amazing tema dasar laut perkahwinan Datin Fieza (kawan anak Sis) |
Tahniah Kak Atie terima menantu. |
Lepas Maghrib barulah kami semua keluar makan Yong Tau Fu di Kampung Pasir, dan Kakak terus balik KL selepas makan. Yang takde menantu Sis sorang (Suami Yana) aja, duty di SKS Desaru sana dah dua hari. Ayahnya sibuk tanya, tapi menantu balik nak singgah tak sempat.
Bila balik rumah, Yana dah balik, Kakak pun dah balik, sunyi terus rumah. Gitulah bila anak-anak dah berkahwin dan duduk berdikari semua, rumah besar mana pun, tetap akan rasa sunyi. Untung orang anak ramai kan. Tapi tak juga, kawan Sis anaknya 7 orang, tapi semua kahwin, semua hidup sendiri, tinggal kawan Sis tu macam Sis juga berdua di rumah.
Sebab itu korang yang ada anak-anak yang duduk bersama lagi, belum berkahwin, masih kecil, bermanjalah dengan mereka sepuasnya, supaya nanti bila dah berkahwin kita tak rasa ralat berpisah (macam Sis), sebab dah rasa puas menjaga anak dan ada masa penat dah, so biarlah mereka hidup berdikari pulak, yang kita ni rehat dah tua-tua gini. Fikir diri sendiri pulak.
Permintaan anak-anak nak makan Yong Tau Fu Kampung Pasir ni. |
Anak-anak tu, kalau nak balik tengok kita, tau laa mereka nak balik. Sis pun kadang tak memaksa, faham memasing dah ada rumahtangga memasing. Cuma selalau pesan, selagi Mak Ayah ada ni, ingat-ingatlah, nanti dah terputus doa ibu bapa, jangan kesal kemudian hari. KIta doa yang baik-baik aja buat anak-anak menantu dan cucu kita ya.
Dan harini keputusan SPM akan keluar juga kan? Good luck buat semua pelajar yang akan mengambil keputusan SPM nanti. Termasuk juga anak saudara Sis. Tak debor katanya hahahaha.. aduii bebudak sekarang ekk.. kalau Sis dulu, tak tidur malam tunggu pagi oiii.. takut punya pasal..
All the best buat semua! ..
P/S : Tekak nak makan asam pedas ikan pari, mana nak beli ikan pari ni hurmmm..
Kalau ibu bapa yang bekerja pening kelapa juga nak tinggalkan anak2 bercuti sekolah di rumah
ردحذفAlamat atok neneklah jadi mangsa
Kann Wak, sebab tu kira semua laa kann selamat bercuti sekolah hahahaha
حذفCuti sekolah tak keluar ke mana pun. Meriah rumah dengan anak-anak yang kaki mengusik, menyemak, bergaduh. Mak mula jadi tarzan. Hadap je la. Nanti rindu pulak moment-moment ni bila diorang dah besar nanti.
ردحذفAda ketikanya duduk rumah lebih menjanjikan kegembiraan dan kenangan buat kita ... enjoy the holiday ...
حذف